28 Jun 2010

OrphanCARE

                  Matlamat OrphanCARE ( Pertubuhan Kebajikkan dan Pengurusan Anak Yatim ni memang baik.. Tapi cabang Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini adalah amat tidak sesuai dalam sebuah negara yang agama rasmi nya adalah Agama Islam.. Ianya umpama mengalakkan lagi perlaku-perlaku zina @ maksiat terus bermaharajalela, berlaku tanpa usaha keras untuk membendung nya. Ingat lah dunia sedang menuju akhir zaman apabila anak tidak sah taraf yakni anak luar nikah semangkin ramai di muka bumi.

                    Identiti ibu @ bapa yang menyerahan anak tidak sah taraf ini di rahsiakan . Bermakna mereka-mereka ini akan terlepas dari sebarang hukuman di dunia ni.. Tapi yang pasti mereka ini tidak akan terlepas di hari perhitungan nanti. Apakah kita sebagai umat islam harus membutakan mata dan memekakkan telinga dengan perkara-perkara seperti ini..

ALLAH berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang membawa maksud :
" Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran "

               Hamba bermohon kepada saudara-saudara , marilah kita membantah kewujudan Baby Hatch (Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini ) demi kemuliaan agama yang kita cintai Agama Islam. Agar ianya tidak menjadi nanah dalam diri umat islam.
              Sesungguhnya hujung lidah mahupun hujung jari yang menekan papan kekunci adalah lebih tajam dari sebarang mata pedang atau peluru atau senjata tajam yang ada di muka bumi ini..



24 Jun 2010

Asal usul Bahasa Melayu

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui
asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu.
Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi
beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan
Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan
secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu
kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada
kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari
daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk
beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki
wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku
kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi

Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula
gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka
mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah
lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan
orang orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri,
Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain
berpindah ke kawasan pedalaman.

Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu
yang ada pada masa kini.Bahasa Melayu berasal daripada rumpun
bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini
berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun
bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa
Tibet-Cina.

KELOMPOK BAHASA-BAHASA AUSTRIS


1.  Bahasa-Bahasa Austro-Asia
2.  Bahasa-Bahasa Tibet-Cina
3.  Bahasa-Bahasa Austronesia


Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat
kelompok yang lebih kecil
:
1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.

Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog,
Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

2. Bahasa-bahasa Polinesia

Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

3. Bahasa-bahasa Melanesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun
Caledonia

4. Bahasa-bahasa Mikronesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina
dan Gilbert.

KELOMPOK BAHASA-BAHASA AUSRTONESIA


1  . Bahasa-bahasa Nusantara
2  . Bahasa-Bahasa Polinesia
3  . Bahasa-Bahasa Melanesia
4  . Bahasa-Bahasa Mikronesia


Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara
yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200
hingga 300 bahasa.

Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada
zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh
berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu
Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti
batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa
Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak
empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang

2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) – Palembang

3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) – Pulau Bangka, Palembang

4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) – Palembang

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas
arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar
meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra
dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu
telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran
kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu
ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu
masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa
Melayu Kuno di dalamnya.

Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada
tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang
“Mo-Lo-Yue”  yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya
kerajaan “Mo-Lo-Yue”  ini tidak dapat dipastikan dengan tegas.
Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi,
Sumatera.

Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat
juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan
Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. :

1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah

2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh
1000 Masehi.

3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli
bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya

4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M
dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian
belakangnya.


Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi)

Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan
perkembangan Bahasa Melayu telah dijumpai :

1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis
dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.

2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) – juga ditulis dalam
tulisan India dengan beberapa perkataan Arab

3. Batu Bersurat Terengganu – dijumpai di Sungai Teresat, Kuala
Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi
ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis
dalam tulisan Jawi.

Abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan
Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah
mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan
bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan
dengan pengaruh Islam dan Arab.

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan
Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima
Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat
meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di
rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan
aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang.

Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam
ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat
bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah
bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan
idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan
Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri
Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka
ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh
Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan
dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Beberapa contoh usaha mereka ialah :

1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya
bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah
di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada
bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih
400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua.
Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal
Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu
tersebar.

2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah
tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat
sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan
dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa
yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan
ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah
Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa
Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah
pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan
di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami
di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas
penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara
pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London
Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah
untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan
kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan.
Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang
dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust
keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :

1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
2. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
3. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
4. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan
kitab “Hikayat Al- Salakin”.

Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul
di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad
Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”,
manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-
Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud
Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan
“Furu’ Al-Masail”.


Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu
dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau
yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah
dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan
keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu
selanjutnya.

Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim”
oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan
“Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed Aluwi Ba’aluwi (1899 M)

Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia
persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin”
(1857 M), “Pengetahuan Bahasa” (1859 M), “Salasilah Melayu dan
Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Pada masa itu
juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat
Negeri Johor” dan “Kitab Pemimpin Johor”.

Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa
Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa
Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara
ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat
pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan
yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas
agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu,
termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang
dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada
orang Melayu.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika
sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan
untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris
yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam
peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang
tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana
Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson,
C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan
J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta
peranan Bahasa Melayu mula terancam.

Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu
membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi
nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi
“tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka
diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan
dengan dasar mengguna kan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima
tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendia
kawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu
atau Arab.

Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad
ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu
mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda
mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu
dan ahli-ahli politik berbanding bahu memperjuangkan cita-cita ini.

Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan
hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan
perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152
dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut
bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu
dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Dengan perakuan
ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa
yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.

Laman Asal :
http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/
ASAL%20USUL%20BAHASA%20MELAY
U.doc



20 Jun 2010

Kod Etika Berpakaian

Assalammualaikum w.b.t

Umum semua tahu, bahawa negara kita Malaysia adalah sebuah negara Islam. Sebagai sebuah negara yang Agama Rasminya adalah Islam,  sewajarnya ada peruntukkan undang-undang dalam kod etika berpakaian. Namun sehingga kini pihak pemerintah belum melaksanakan undang-undang tersebut.. Hamba sebagai warganegara yang beragama islam terpanggil untuk melaksana kan tanggungjawab sebagai Umat Islam untuk berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dikala ini kita lihat begitu ramai umat islam yang berpakaian seksi mendedahkan aurat terutama sekali mereka yang bergelar selebriti ( pelakon dan penyanyi wanita ). Hamba amat berharap kepada pihak pemerintah agar memainkan peranan dalam isu ini. Walaupun nampak kecil dan terpencil tapi janganlah di abaikan dalam negara menuju wawasan 2020. Kerana ianya melibatkan akidah serta maruah umat islam keseluruhannya.. Kod etika ini sewajarnya di laksanakan kepada semua kaum dan agama. Tiada lagi mereka-mereka yang berpakaian seksi apabila berada di tempat awam. Walaupun pelancong-pelancong yang datang melancong ke negara kita ini. Mereka sewajarnya mematuhi kod etika berpakaian yang telah di tetapkan.

Hamba amat berharap cadangan hamba ini mendapat sokongan daripada rakan-rakan blogger serta yang bukan blogger. Mari kita sama-sama mendesak pihak pemerintah agar melaksanakan kod etika berpakaian. Agar tanggung jawab kita sebagai umat islam terlaksana.. Amin...

Wassalam...



16 Jun 2010

Jenis-jenis Syirik

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu
1. Syirik khafi (tersembunyi) 
2. Syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
  1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah s.w.t. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah s.w.t seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
  2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
  3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah s.w.t (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” –
(Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah s.a.w dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah s.a.w menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Allah s.w.t menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah s.w.t (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di dalam hidup manusia. Langkah seperti penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar, ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.

Bahaya Syirik

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah s.w.t dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah s.w.t.

Menyekutukan Allah  s.w.t jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah  s.w.t yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah  s.w.t dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah  s.w.t tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah s.w.t, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah s.w.t mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah s.w.t akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah s.w.t dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah s.w.t? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah s.w.t sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah s.w.t, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. –
(Hadis riwayat Muslim)

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah s.w.t, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah s.w.t kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)



15 Jun 2010

Adab dan Nasihat Untuk Bertaqwa

Assalammualaikum w.b.t


Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang terlintas dan tersirat dalamm hati anak-anak Adam a.s. Allah juga mengetahui apa yang engkau lakukan sama ada yang terang ataupun yang sulit. Oleh itu hendaklah engkau takut kepada Allah. Jauhkanlah dirimu daripada perkara yang mendatangkan kemurkaan Nya. Sepertimana firmanNya yang bermaksud :


" Dan apa juga yang di larangNya kamu melakukannya, maka patuhilah laranganNya " 
  (Surah al-Hashr: Ayat 7)


Pelihara dirimu dari kemurkaan Allah s.w.t. Ingatlah Allah s.w.t telah menghidupkan emgkau, Allah s.w.t telah memberimu akal, Allah s.w.t telah memberi rezeki dan kepada Nya jualah semuanya akan kembali.


FirmanNya yang bermaksud :
"Oleh itu akuilah kesucian Allah s.w.t (dengan mengucapkan : 
SubhanAllah). Tuhan yang memiliki   dan menguasai tiap-tiap
sesuatu , dan kepadaNya lah kamu semua akan di kembalikan. 
(Surah Yasin : Ayat 83)


Oleh itu uruslah dirimu berasaskan aqidah dan syariah Allah s.w.t. Sekiranya engkau takut kepada bapa engkau apabila hendak melakukan kesalahan, maka engkau hendaklah lebih takut kepada Allah s.w.t yang sebenar-benarnya yang memberi pembalasan. Berbuat baiklah, kerana Allah s.w.t melihat apa juga yang engkau lakukan.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Maka sesiapa yang membuat kebajikan seberat zarah, nescaya
akan di lihatNya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa yang 
berbuat kejahatan seberat zarah,  nescaya akan dilihatNya 
(dalam surat amalannya) ( Surah al-Zalzalah : Ayat 7-8 )



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Bahawasanya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi 
Allah melihat kepada hati dan perbuatan kamu "


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah s.w.t di mana-mana engkau
berada, dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikkan yang mana 
kebaikkan itu boleh menghilangkan kejahatan" 




14 Jun 2010

Asal Usul Dajjal


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua. pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis di dahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan di tunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersekutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya  Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.





11 Jun 2010

KENAPA TAK ROGOL SAYA

Kisah ini saya ambil dari facebook seorang sahabat dan kisah ini benar berlaku di US. Moga ianya dapat memberi menafaat kepada kita semua terutama kepada kaum muslimah..

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..

moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...



09 Jun 2010

TAFSIRAN MIMPI

Seperti yang kita semua ketahui.. mimpi adalah mainan tidur... Akan tetapi berhati-hati lah dengan setiap mimpi yang anda alami.. Mimpi sepertiga malam kebanyakkan adalah mimpi benar..Mimpi di waktu subuh adalah mimpi yang di bawa iblis untuk melalaikan umat manusia.. Ada mimpi-mimpi yang memberi petunjuk dan maksud-maksud tertentu.

Antara mimpi-mimpi yang memberi petunjuk dan maksud ; 


 Terjumpa bayi =  membawa maksud ada saka @ jin yang terbiar yang memerlukan 
  penjaga 

 Org memberi bayi  =  membawa maksud saka @ jin dari keturunan sebelah ibu atau
  ayah  yang ingin di berikan kepada kita 

 Di kejar binatang buas  = ada orang yang cuba untuk menzalimi kita, dengan
  menghantar  jin  untuk menganggu urusan kehidupan kita 

 Di gigit binatang buas atau berbisa = hal ini cukup berat.. kerana jin yang di hantar 
  telah berjaya  meresap ke badan manusia

    Kita sebagai umat islam yang mengucap Syahadah.. Wajib percaya dengan hal-hal ghaib.. Ianya termasuk di dalam rukun Iman. Tapi jangan pula kita  takut pada jin atau iblis... Ianya tidak boleh membinasakan manusia dengan tanpa izin Allah s.w.t. Dengan itu jika kita bermimpi dengan tersebut terutama dengan 2 ketogeri di bawah.. Segeralah berjumpa dengan Pengamal Perubatan Islam.. Elakkan pergi ketempat BOMOH² kerana kebiasaannya ia akan menambah jumlah jin dalam badan seseorang..
    Oleh itu tingkatkan ibadah dan iman kita.. Untuk mengelakkan diri dari terkena sihir .. Amalkan lah membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas , Ayat Qursi serta  bertasbih , berzikir Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x serta Allah Hu'Akhbar 33x selepas solat dan sebelum anda tidur. Insya Allah.. kita akan sentiasa di lindungi..

    ALLAH S.W.T YANG MAHA MENGETAHUI...

    08 Jun 2010

    TAHUN MENCABAR HATI DAN MINDA

        Tahun 2010 adalah tahun yang sungguh mencabar hati dan minda.. Dari awal tahun sehingga sekarang ni syarikat tempat aku berkerja belum dapat big project.. Yang dapat hanya la projek under RM6.000.00 , tu pun hanya 3 projek... Mane nak bayar gaji pekerja.. mane nak bayar bil-bil semasa... dan mane nak bayar credit hardware.. penin kepala bos aku di buatnya.. Tapi aku tetap bersyukur kerana still di kurniakan rakan-rakan sekerja yang memahami situasi syarikat sekarang ni.. Walau pun dia org tak dapat gaji penuh dan bakinya still tertunggak dia org still boleh bertahan. Cam tu gak ngan pembekal barang kerja.. Dia org memahami kerana dari awal tahun sehingga sekarang belom ade projek besar yang di laksanakan..
        Kontraktor kelas F, E, D dan  C sekarang ni semamgkin ramai.. mana-mana kontraktor yang mempunyai kewangan yang kukuh dan mantap, mungkin tak mempunyai banyak masalah.. Tapi pun still ade masalah gak.. Asyik keluar je.. masuk tak de.. Rasanya cam nak nak berhenti keja je.. Tapi kerja ape yang boleh di buat cam sekarang nie.. Ada tak de cuba la bertahan semampu mane yang boleh.. Sentiasa bermohon ke hadrat Allah s.w.t agar di beri ilham apa yang harus di lakukan dalam keadaan sekarang nie..

    06 Jun 2010

    UNTUK RENUNGAN BERSAMA

       Tanpa bermaksud untuk memuji tentang orang Israel dan atau orang Yahudi, saya ingin berkongsi informasi yang saya peroleh dari membaca terjemahan H. Maaruf Bin Hj Abdul Kadir (guru besar berbangsa Malaysia) dari Universiti Massachuset USA tentang penelitian yang dilakukan oleh DR.Stephen Carr Leon. Penelitian DR Leon ini adalah tentang pengembangan kualiti hidup orang Israel atau orang Yahudi.

    Mengapa Orang Yahudi, rata-rata pintar ? Kajian yang dilakukan
    mendapatkan fakta-fakta sebagai berikut :

    Ternyata, bila seorang wanita Yahudi Hamil, maka sang ibu segera saja meningkatkan aktivitinya membaca, menyanyi dan bermain piano serta mendengarkan musik klasik. Tidak itu saja, mereka juga segera memulai untuk mempelajari matematik lebih intensif dan juga membeli lebih
    banyak lagi buku tentang matematik. mempelajarinya, dan bila ada yang tidak diketahui dengan baik, mereka tidak segan-segan untuk datang ke orang lain yang tahu matematik untuk mempelajarinya. Semua itu dilakukannya untuk anaknya yang masih didalam kandungan.

    Setelah anak lahir, bagi sang ibu yang menyususi bayi nya itu, mereka memilih lebih banyak makan kacang, kurma @ tamar dan susu. Siang hari, makan roti dengan ikan yang tanpa kepala serta salad. Daging ikan dianggap bagus untuk otak dan kepala ikan harus dihindari kerana mengandung zat
    kimia yang tidak baik untuk pertumbuhan otak si anak. Disamping itu sang ibu diharuskan banyak makan minyak ikan (code oil lever).

    Menu di susun sedemikian rupa sehingga didominasi oleh ikan. Bila ada daging, mereka tidak akan makan daging bersama-sama dengan ikan,kerana mereka percaya dengan makan ikan dengan daging hasilnya tidak bagus untuk pertumbuhan. Makan ikan seharusnya hanya makan ikan saja, bila
    makan daging , hanya makan daging saja, tidak dicampur. Makan pun, mereka mendahulukan makan buah-buahan baru makan roti atau nasi. Makan nasi dulu baru kemudian makan buah, mereka percaya ianya akan hanya membuat ngantuk dan malas berkerja.

    Yang istimewa lagi adalah : Di Isarel, merokok itu tabu ! Mereka memiliki hasil penelitian dari ahli peneliti tentang Genetik dan DNA yang meyakinkan bahwa nekotin akan merusak sel utama yang ada di otak manusia yang nampaknya tidak hanya kepada si perokok akan tetapi juga
    akan mempengaruhi “gen” atau keturunannya. Pengaruh yang utama adalah dapat membuat orang dan keturunannya menjadi “bodoh” atau “dungu”. Walaupun, kalau kita perhatikan , maka pengeluar rokok terbesar di dunia ini adalah orang Yahudi ! Tetapi yang merokok , bukan orang Yahudi.

    Anak-anak, selalu di wajibkan untuk makan buah dulu baru makan nasi atau roti dan juga tidak boleh lupa untuk minum pil minyak ikan. Mereka juga harus pandai bahasa , minimum 3 bahasa harus dikuasai nya yaitu Hebrew, Arab dan bahasa Inggris. Anak-anak juga diwajibkan dan
    dilatih piano dan biola. Dua instrument ini dipercaya dapat sangat efektif meningkatkan IQ mereka. Irama musik terutama musik klasik dapat menstimulasi sel otak. Sebagian besar dari ahli muzik genius dunia adalah orang Yahudi.

    Satu dari 6 anak Yahudi, diajarkan matematik dengan konsep yang berkait langsung dengan perniagaan dan perdagangan. Ternyata salah satu syarat untuk lulus dari Perguruan Tinggi bagi yang Majoring nya perniagaan, adalah, dalam tahun terakhir, dalam satu kelompok mahasiswa (terdiri dari 10 orang), harus menjalankan perusahaan. Mereka hanya dapat lulus setelah perusahaannya mendapat untung 1 juta US Dollar. Itulah sebabnya, maka lebih dari 50 % perdagangan di dunia dikuasai oleh orang Yahudi. Design “Levis” terakhir diciptakan oleh satu Universiti di Israel,
    fakulti “business and fashion”.

    Olahraga untuk anak-anak, diutamakan adalah Menembak, Memanah dan Lari. Menembak dan Memanah, akan membentuk otak cemerlang yang mudah untuk “fokus” dalam berpikir !

    Di New York, ada pusat Yahudi yang mengembangkan berbagai aktiviti perniagaan kelas dunia. Disini terdapat banyak sekali kegiatan yang mendalami segi-segi perniagaan sampai kepada aspek-aspek yang mempengaruhinya. Dalam arti mempelajari aspek perniagaan yang berkaitan juga dengan budaya bangsa  pasar mereka. Pendalaman yang bergiat nyaris seperti laboratorium, “research and development” khusus perdagangan dan perniagaan ini dibiayai oleh para konglomerat Yahudi. Tidak menghairankan bila kemudian kita melihat keberhasilan orang Yahudi seperti terlihat pada : Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle. pusat film Hollywood,
    Levis dan Dunkin Donat.

    Khusus tentang rokok, negara yang mengikuti jejak Israel adalah Singapura. Di Singapura para perokok diberlakukan sebagai warga negara kelas dua. Semua yang berhubungan dengan perokok akan dipersulit oleh pemerintahnya. Harga rokok 1 pak di Singapura adalah 7 US Dollar,
    bandingkan dengan di Malaysia yang hanya berharga 70 sen US Dollar. Pemerintah Singapura menganut apa yang telah dilakukan oleh peneliti Israel , bahawa nekotin hanya akan menghasilkan generasai yang “Bodoh” dan “Dungu”.

    Percaya atau tidak, tentunya terserah kita semua. Namun kenyataan yang ada terlihat bahwa memang banyak sekali orang yahudi yang bijak & pintar ! Tinggal, pertanyaannya adalah, apakah kepintarannya itu banyak manfaatnya bagi peningkatan kualiti hidup umat manusia secara
    keseluruhan.



    Bayangkan jika hal ini menjadi kebiasaan ummat islam, hasilnya akan jauh lebih genius dari kaum yahudi, kerana Ummat Islam punya senjata penangkis yang tidak dimiliki oleh kaum yahudi, yaitu do’a. Agar anak yang dilahirkan sesuai dengan harapan orang tua, Tentunya pendidikan sejak kini terhadap bakal calon bayi harus diperhatikan baik dari segi fizikal maupun mentalnya. tidak sedikit seorang anak yang hafal alQur-an dalam usia yang sangat kanan- kanak, kerana orang tuanya semasa mengandungnya selalu mengkhatamkan Al-Quran dan melakukan Ibadah puasa Sunnah.

    Hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui...

    HUKUM HADIAH BACAAN AL-QURAN KEPADA JENAZAH

    Persoalan mengenai bid’ah sebenarnya telah diselesaikan oleh ulama  terdahulu dan sekarang ini  dimunculkan kembali oleh golongan yang tidak memahami khilaf ijtihad ulama yang kemudian mengatakan bahwa ia adalah bid’ah sesat walaupun sudah ada dalil dan hujjah dari al Quran dan hadith.

    Sekiranya ada yang mengatakan bacaan al Quran dan doa yang dipanjatkan seorang muslim kepada orang muslim yang telah meninggal itu tidak sampai kepada simayyit, maka tidak patut mengatakan hal itu sebagai bid’ah, kerana hasil ijtihad yang mengatakan hukum bacaan Alqur-an yang dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia itu” boleh” adalah hasil dari pengkajian ulama dari al Quran dan hadith sebelum mengeluarkan hukum bahwa sampainya pahala kepada si mayyit. Ulama terdahulu apabila berbeda pendapat, mereka tidak akan membid’ahkan pendapat ulama yang membolehkan.

    Menurut Prof Dr Wahbah az Zuhaili Mazhab Imam Ahmad dan Jumhur salaf dan mazhab empat dan di antara mereka Malikiyah dan Syafi’iyah yang kemudian berpendapat sampainya pahala amalan tersebut.

    Imam Abu Hanifah r.a berpendapat : “Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat. Beliau juga berkata : “Bacalah ayat Kursi tiga kali’ dan “qul huwAllahu Ahad” dan katakanlah : “Ya Allah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur.”

    Dalil dari Al Quran

    Asy Sya’ani juga menyebutkan dalil pendapat kedua dari KitabuLLah, sunnah dan ijmak serta kaedah syariat Yang mengatakan bahwa mayat mendapat manfaat atas apa yang dilakukan oleh orang-orang yang masih hidup untuknya. Adapun dalil dari Al Quran adalah firman Allah s.w.t yang bererti :

    “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan tangan), berkata : “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman………..” (Al Hasyr : 10)

    Maka Allah s.w.t memuji mereka atas Doa permohonan ampunan yang dipanjatkan mereka kepada kaum Mukminin sebelum mereka. Maka hal itu menunjukkan bahwa mayat mendapat manfaat dari doanya orang-orang yang masih hidup adalah kesepakatan umat atas doa terhadap mereka dalam solat jenazah.

    Juga telah menjadi ijmak Ulama bahwa membayar hutang orang yang sudah meninggal adalah wajib dibayarkan oleh yang masih hidup baik dari kerabatnya maupun bukan . Dan jika orang yang masih hidup memiliki hak kepada orang yang sudah meninggal, lalu ia menggugurkan haknya dan mengikhlaskannya, maka hal itu boleh sangat dianjurkan dan dapat membebaskan beban orang yang sudah meninggal.

    Dalil Dari Hadith :

    Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, Rasulullah s.a.w bersabda :

    “Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh delapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat Kursi diturunkan dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha Allah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.”

    (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah.)

    Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam’an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma’qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

    Pendapat dari Imam An Nawawi :

    Imam Nawawi berkata “Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafi’ie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya).

    Imam al Nawawi, al majmu’ syarh al muhazzab jilid V h 286.

    Pendapat Imam Ahmad :

    Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta dari membaca al Quran di atas kubur, kemudian beliau (imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah al Baqarah di sisinya ketika dikebumikan. Kisah ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya ‘Al Mughni (2/567) di dalam Bab: Ziarah Kubur.

    Berdoalah kepada Allah s.w.t agar pahala kita membaca ayat al Quran sampai kepada si mayyit kerana Allah sendiri telah berfirman yang artinya :


    “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu niscaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Al-Mukmin:60).Mengenai masalah hukum sampainya bacaan Al-Quran dan do’aini juga disepakati dan dianjurkan oleh Ulama – ulama sekarang  seperti : Profesor Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi Almaliki Al Hasani, Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, dan Ulama – ulama besar lainnya.


    Sumber Rujukan :

       1. Prof Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap
           Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa’u al mayyitu min al a’mal.

       2. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq.

       3. Prof Dr Wahbah Az Zuhaili, Fatwa-fatwa Semasa, al Fatawa al mu’asaroh.

       4. Dr Mustofa al Khin, Dr Mustofa al Bugho & Ali Asy Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, al Fiqhu al Manhaji.

    WAllahua’lam

    03 Jun 2010

    BANTU HAPUSKAN KEKEJAMAN ISRAEL DENGAN DOA

            BISMILLAH...

            YA ALLAH...! SEBAGAIMANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL BAGI MENGHANCURKAN BALA TENTERA BERGAJAH KAUM MUSYRIKIN, MAKA KAMI BERMOHOM KEPADA MU YA-ALLAH.. TURUNKAN LAH BANTUAN MU KALI INI KEPADA ORANG MUKMIN DI PALESTIN, HANCURKAN LAH BALA TENTERA REJIM ZIONIS YAHUDI SEDASYAT-DASYATNYA... AMIN 

           Lipat gandakan lah doa ini dan forward kan lah pada 7 orang rakan anda yang lain..7x7x7x7x7x7x7 = 823453 x 7 = 5.8 juta orang yang akan berdoa.. Jika kita tak dapat membantu mereka dengan tenaga dan wang ringgit.. Bantulah saudara kita di Palestin dengan doa-doa.. Moga segala doa-doa kita akan di makbulkan oleh Allah s.w.t.. Insya Allah....

    02 Jun 2010

    PERIHAL JIN, IBLIS SERTA SYAITAN BHG. 1

    Adanya Jin, syaitan, dan Iblis merupakan suatu kepastian yang diakui dalam syariat Islam, sehingga jika masih ada dari kalangan muslim yang meragukan adanya mereka, boleh diragukan tahap keimanannya. Jin Diciptakan Sebelum Manusia. Kaum jin adalah makhluk hidup, berakal dan mereka melakukan segala sesuatu dengan kehendak. Bahkan mereka juga dibebani perintah dan larangan, hanya saja mereka tidak memiliki sifat dan tabiat seperti yang ada pada manusia atau selainnya. (Idhahu Ad-Dilalah fi ’Umumi Ar-Risalah hal. 1, lihat Majmu’ul Fatawa, 19/9).

    Jin lebih dahulu diciptakan daripada manusia sebagaimana dikabarkan Allah s.w.t dalam firman-Nya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr: 26-27)
    Karena jin lebih dulu ada, maka Allah s.w.t mendahulukan penyebutannya daripada manusia ketika menjelaskan bahwa mereka diperintah untuk beribadah seperti halnya manusia. Allah s.w.t berfirman:

    “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz-Dzariyat: 56).

    Jin, syaitan, dan Iblis Apakah jin, syaitan, dan Iblis itu tiga makhluk yang berbeda dengan penciptaan yang berbeda, ataukah mereka itu bermula dari satu asal atau termasuk golongan para malaikat? Yang pasti, Allah s.w.t telah menerangkan asal-usul penciptaan jin dengan firman-Nya:

    “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr: 27)
    Juga firman-Nya: “Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.” (Ar-Rahman: 15)

    Rasulullah s.a.w bersabda: “Para malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari apa yang disifatkan kepada kalian.” (HR. Muslim no. 2996 dari ’Aisyah radhiallahu ‘anha) Adapun Iblis, maka Allah s.w.t berfirman tentangnya:

    “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50)

    Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Iblis mengkhianati asal penciptaannya, karena dia sesungguhnya diciptakan dari nyala api, sedangkan asal penciptaan malaikat adalah dari cahaya. Maka Allah s.w.t mengingatkan di sini bahwa Iblis berasal dari kalangan jin, dalam arti dia diciptakan dari api. Al-Hasan Al-Bashri berkata: ‘Iblis tidak termasuk malaikat sedikitpun. Iblis merupakan asal mula jin, sebagaimana Adam sebagai asal mula manusia’.” (Tafsir Al-Qur`anul ’Azhim, 3/94) Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullahu mengatakan: “Iblis adalah abul jin (bapak para jin).” (Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 406 dan 793). Sedangkan syaitan, mereka adalah kalangan jin yang durhaka. Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullahu pernah ditanya tentang perbedaan jin dan syaitan, beliau menjawab: “Jin itu meliputi syaitan, namun ada juga yang shalih. syaitan diciptakan untuk memalingkan manusia dan menyesatkannya. Adapun yang shalih, mereka berpegang teguh dengan agamanya, memiliki masjid-masjid dan melakukan shalat sebatas yang mereka ketahui ilmunya. Hanya saja mayoritas mereka itu bodoh.” (Nashihatii li Ahlis Sunnah Minal Jin)
    Siapakah Iblis?.

    Terjadi perbedaan pendapat dalam hal asal-usul iblis, apakah berasal dari malaikat atau dari jin. Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu menyatakan: “Iblis tidak pernah menjadi golongan malaikat sekejap matapun sama sekali. Dan dia benar-benar asal-usul jin, sebagaimana Adam adalah asal-usul manusia.” (Diriwayatkan Ibnu Jarir dalam tafsir surat Al-Kahfi ayat 50, dan dishahihkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsir-nya). Pendapat ini pula yang tampaknya dikuatkan oleh Ibnu Katsir, Al-Jashshash dalam kitabnya Ahkamul Qur‘an (3/215), dan Asy-Syinqithi dalam kitabnya Adhwa`ul Bayan (4/120). Penjelasan tentang dalil pendapat ini antara lain karena kema’shuman malaikat dari perbuatan kufur yang dilakukan iblis, sebagaimana firman Allah:
    “…yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6) “Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan, dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.” (Al-Anbiya`: 27)
    “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, lalu ia mendurhakai perintah Rabbnya.” (Surat Al Kahfi: 50)

    Allah s.w.t menegaskan dalam ayat ini bahwa iblis dari jin, dan jin bukanlah malaikat.
    Siapakah syaitan?. Menurut Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir kata Syaithan artinya yang jauh dari kebenaran atau dari rahmat Allah s.w.t (Al-Misbahul Munir, hal. 313). Ibnu Jarir menyatakan, syaithan dalam bahasa Arab adalah setiap yang durhaka dari jin, manusia atau hewan, atau dari segala sesuatu. Demikianlah Allah s.w.t berfirman:

    “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).” (Al-An’am: 112)

    PERIHAL JIN, IBLIS SERTA SYAITAN BHG. 2

    (Dalam ayat ini) Allah s.w.t menjadikan syaitan dari jenis manusia, seperti halnya syaitan dari jenis jin. Dan hanyalah setiap yang derhaka disebut syaitan, karena akhlak dan perbuatannya menyelisihi akhlak dan perbuatan makhluk yang sejenisnya, dan karena jauhnya dari kebaikan. (Tafsir Ibnu Jarir, 1/49) Ibnu Katsir menyatakan bahwa syaithan adalah semua yang keluar dari tabiat jenisnya dengan kejelekan (Tafsir Ibnu Katsir, 2/127).

    “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).” (Al-An’am: 112)


    Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Dzar radhiallahu ‘anhu, ia berkata:
    Aku datang kepada Nabi s.a.w dan beliau berada di masjid. Akupun duduk. Dan beliau menyatakan: “Wahai Abu Dzar apakah kamu sudah shalat?” Aku jawab: “Belum.” Beliau mengatakan: “Bangkit dan shalatlah.” Akupun bangkit dan shalat, lalu aku duduk. Beliau berkata: “Wahai Abu Dzar, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan syaitan manusia dan jin.” Abu Dzar berkata: “Wahai Rasulullah, apakah di kalangan manusia ada syaitan?” Beliau menjawab: “Ya.” Ibnu Katsir menyatakan setelah menyebutkan beberapa sanad hadits ini: “Inilah jalan-jalan hadits ini. Dan semua jalan-jalan hadits tersebut menunjukkan kuatnya hadits itu dan keshahihannya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/172). Yang mendukung pendapat ini juga hadits Nabi s.a.w dalam riwayat Muslim: “Anjing hitam adalah syaitan.” Ibnu Katsir menyatakan: “Maknanya –wallahu a’lam– yaitu syaitan dari jenis anjing.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/173). Ini adalah pendapat Qatadah, Mujahid dan yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Katsir, Asy-Syaukani dan Asy-Syinqithi. Ketika membicarakan tentang syaitan dan tekadnya dalam menyesatkan manusia, Allah s.w.t berfirman:
    “Iblis menjawab: ‘Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan’, Allah berfirman: ‘Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.’ Iblis menjawab: ‘Karena Engkau telah menghukumiku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raf: 14-17).

    syaitan adalah turunan Iblis, sebagaimana firman Allah s.w.t:
    “Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang dzalim.” (Al-Kahfi: 50).

    Turunan-turunan Iblis yang dimaksud dalam ayat ini adalah syaitan-syaitan. (Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 453). Penggambaran Tentang Jin Syaikhuna Muqbil bin Hadi rahimahullahu mengatakan: “Jin memiliki roh dan jasad. Hanya saja mereka dapat berubah-ubah bentuk dan menyerupai sosok tertentu, serta mereka bisa masuk dari tempat manapun.
    Nabi s.a.w memerintahkan kepada kita agar menutup pintu-pintu sembari beliau mengatakan: ‘Sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka yang tertutup’.
    Beliau memerintahkan agar kita menutup bejana-bejana dan menyebut nama Allah s.w.t atasnya. Demikian pula bila seseorang masuk ke rumahnya kemudian membaca bismillah, maka syaitan mengatakan: ‘Tidak ada kesempatan menginap’.

    Jika seseorang makan dan mengucapkan bismillah, maka syaitan berkata: ‘Tidak ada kesempatan menginap dan bersantap malam’.”
    Jin bisa berujud seperti manusia dan binatang. Dapat berupa ular dan kalajengking, juga dalam wujud unta, sapi, kambing, kuda, bighal, keledai dan juga burung. Serta bisa berujud Bani Adam seperti waktu syaitan mendatangi kaum musyrikin dalam bentuk Suraqah bin Malik kala mereka hendak pergi menuju Badr. Mereka dapat berubah-ubah dalam bentuk yang banyak, seperti anjing hitam atau juga kucing hitam. Karena warna hitam itu lebih signifikan bagi kekuatan syaitan dan mempunyai kekuatan panas. (Idhahu Ad-Dilalah, hal. 19 dan 23)
    Kaum jin memiliki tempat tinggal yang berbeda-beda. Jin yang shalih bertempat tinggal di masjid dan tempat-tempat yang baik. Sedangkan jin yang jahat dan merusak, mereka tinggal di kamar mandi dan tempat-tempat yang kotor. (Nashihatii li Ahlis Sunnah Minal Jin)
    Tulang dan kotoran hewan adalah makanan jin.


    Di dalam sebuah hadits, Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: “Carikan beberapa buah batu untuk kugunakan bersuci dan janganlah engkau carikan tulang dan kotoran hewan.” Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku pun membawakan untuknya beberapa buah batu dan kusimpan di sampingnya. Lalu aku menjauh hingga beliau menyelesaikan hajatnya. ”Aku bertanya: “Ada apa dengan tulang dan kotoran hewan?”
    Beliau menjawab: “Keduanya termasuk makanan jin. Aku pernah didatangi rombongan utusan jin dari Nashibin, dan mereka adalah sebaik-baik jin. Mereka meminta bekal kepadaku. Maka aku berdoa kepada Allah untuk mereka agar tidaklah mereka melewati tulang dan kotoran melainkan mereka mendapatkan makanan.” (HR. Al-Bukhari no. 3860 dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dalam riwayat Muslim disebutkan: “Semua tulang yang disebutkan nama Allah padanya”, ed).

    Gambaran Tentang Iblis dan syaitan, Iblis adalah wazan dari fi’il, diambil dari asal kata al-iblaas yang bermakna at-tai`as (putus asa) dari rahmat Allah s.w.t.
    Mereka adalah musuh nomer wahid bagi manusia, musuh bagi Adam dan keturunannya. Dengan kesombongan dan analoginya yang rusak serta kedustaannya, mereka berani menentang perintah Allah s.w.t saat mereka enggan untuk sujud kepada Adam. Allah s.w.t berfirman:

    “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takabur, dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (Al-Baqarah: 34)

    Malah dengan analoginya yang menyesatkan, Iblis menjawab: “Aku lebih baik darinya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.” (Al-A’raf: 12)
    Analogi atau qiyas Iblis ini adalah qiyas yang paling rusak. Dan inilah qiyas yang paling jelek! Sumpah mereka untuk menggoda Bani Adam terus berlangsung sampai hari kiamat setelah mereka berhasil menggoda Abul Basyar (bapak manusia) Adam dan vonis sesat dari Allah s.w.t untuk mereka. Allah s.w.t mengingatkan kita dengan firman-Nya:

    “Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga. Ia menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-A’raf: 27).

    Karena syaitan sebagai musuh kita, maka kita diperintahkan untuk menjadi musuh syaitan. Allah s.w.t berfirman:

    “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6).

    Allah s.w.t berfirman:“Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang dzalim.” (Al-Kahfi: 50).

    Wallahu A’lam. Semoga kita semua terlindung dari godaan-godaannya.

    PENYAKIT ANGKARA JIN DAN MANUSIA

    Salam kepada saudara serta rakan-rakan blogger.. Isu yang aku bawakan pada kali ini adalah seperti yang di nyatakan di atas.. adalah malang sekali kerana semangkin ramai manusia sekarang ni meminta bantuan daripada selain dari Allah s.w.t. Iaitu dari bangsa jin.. Harus di ingat.. sejahat-jahat bangsa manusia itu la sebaik-baiknya bagi bangsa jin. Hatta jin islam skali pun.
                Sekarang ini semangkin ramai manusia mengunakan khidmat bangsa jin  bagi melepaskan dendam utk membuatkan seorang manusia yang lain hidup menderita dan merana... bagi yang terkena penyakit ini jika pihak hospital tidak dapat mengesan apa-apa penyakit yang di hidapi... segera la berubat secara tradisional atau dgn pengamal perubatan islam.. harus ingat.. jangan mudah terperdaya dengan bomoh-bomoh atau dukun-dukun.. kadang kala mereka ini bukan membuang apa yang telah sedia ada dalam badan pesakit.. akan tetapi mereka ini akan menambahkan lagi bilangan jin yg menapak dalam badan pesakit...
                 Kita sebagai umat Nabi Muhammad harus la menghindarkan diri dari perkara-perkara yang di murkai Allah s.w.t.. Sentiasa  lah memohon perlindungan dan pertolongan daripada NYA... Jika ianya terkena pada diri kita... dan seandainya kita tahu siapa yang cuba buat kita menderita.. jangan sesekali cuba mengenakan balik org tersebut.. Berserah lah pada Allah.. Biar DIA yang menentukan hukuman pada org tersebut.. berbanyak-banyak la bersabar... kerna perasaan marah dan dendam itu adalah hasutan dari iblis..
    Hindari lah diri dari perasaan marah dan dendam.. Kerana ianya akan membuat jiwa kita merasa tidak tenteram.. berbanyakkan lah berzikir selepas solat serta sebelum tidur.. " SUBHANNALLA ALHAMDULILLAH ALLAH AKHBAR " 1000 kali sebelum tido.. tak dapat tiap2 malam.. seminggu 2-3 kali pun memadai.. Insya Allah ..........

    Wassalam......