31 Julai 2010

Lagi Komen Tentang Bolasepak Malaysia


                 Saya amat tertarik dengan komen dan cadangan seorang pembaca akhbar Berita Harian yang mengelarkankan diri Semangat Supermokh, seperti keratan yang saya paparkan di atas. Tapi bukan bermakna saya menyokong cadangan beliau. Pada saya ukuran fizikal adalah faktor ketiga atau ke empat dalam syarat untuk menjadi pemain bolasepak. Syarat pertama ialah semangat yakni mental harus kuat dan sentiasa bersedia. Kedua ialah skill yakni kemahiran individu ke tiga kreatif dan yang ke empat barulah saiz fizikal.
                Cuba kita lihat pemain terbaik dunia ketika ini iaitu Lional Messi, dia tidak mempunyai saiz fizikal yang besar. Tapi kerana mental , skill serta kreatif menjadikan dia antara pemain terbaik masa kini. Sepertimana yang saya katakan dalam titipkan pada blog saya sebelum ini. Masalah gaji yang tertunggak menjadikan mental pemain-pemain bolasepak kita terganggu. Cuba kita bayangkan jika kita berkerja tapi tidak mendapat imbuhan pada tiap-tiap bulan. Apakah kita akan bersemangat untuk berkerja. Di mana kita perlu membayar ansuran kenderan , ansuran atau sewa rumah pada tiap-tiap bulan, itu belum lagi keperluan dapur atau kos persekolahan anak-anak. jika kita tidak mendapat gaji selama 2-3 bulan.
               Kita tidak boleh samakan zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dengan zaman sekarang ini. Bolasepak zaman Allahyarham Mokhtar adalah Liga Amatur/ Semi Pro.. Di mana apabila mereka mewakili negeri, secara automatik mereka akan di panggil berkerja dengan LLN(TNB) atau TELEKOM MALAYSIA atau di BANK-BANK. Masalah gaji tidak akan timbul kerna mereka akan nikmati gaji tepat pada masanya pada tiap-tiap bulan. Malah turun padang untuk latihan seawal jam 3 ptg hingga jam 7 ptg pun sudah di kira OVERTIME. Jadi mereka ini tiada masalah dengan bayaran ansuran kenderaan atau rumah serta keperluan harian lain. Zaman sekarang ni Liga Professional, di mana bolasepak adalah kerjaya mereka, Persatuan Negeri atau Kelab adalah majikan mereka. Jika Persatuan Negeri atau Kelab tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh, bagaimana hendak membayar gaji pemain-pemain ini.
               Kepada Semangat Supermokh, cubalah anda anda fikir-fikirkan lah dan cuba anda selami masalah  pemain-pemain bolasepak negara.












23 Julai 2010

Lagi Komen Bolasepak Malaysia

                 Pada tahun 2005 saya pernah menguruskan dan mengendalikan program latihan bolasepak JKID ZON SRI GADING di bawah naungan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk remaja bawah umur 15 tahun . Di mana saya adalah Ketua Jurulatih program tersebut bersama beberapa orang pembantu saya. Latihan di jalankan pada setiap hari ahad bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ada antara remaja-remaja amat berbakat jika terus di gilap bakat mereka. Tapi amat malang bagi mereka kerana program ini terpaksa di hentikan kerana ketiadaan dana mahupun penaja untuk meneruskan usaha mengilap bakat mereka.
                  Kami sebagai barisan jurulatih dan pengurusan yang ada amat kecewa dengan keadaan ini. Walau pun barisan jurulatih hanya di bayar elaun RM10.00 pada setiap sesi latihan, kami tidak pernah mengeluh kerna kami melakukan kerana minat dan ingin melihat remaja-remaja ini bermain pada tahap tertinggi pada satu masa nanti.Tapi impian hanya tinggal mimpi. Kami tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mahupun penaja-penaja di luar sana.
                 Oleh sebab itu pembangunan bolesepak Malaysia tidak akan kemana-mana jika tiada sokongan dari pihak-pihak yang berkenaan dalam usaha mengilap bakat-bakat muda di luar lingkungan pegawai-pegawai tinggi dalam bolasepak Malaysia. Seharusnya persatuan bolasepak negeri mahupun FAM sendiri perlu menwujudkan EJEN pencari bakat dalam usaha mencari bakat-bakat muda yang berbakat untuk di gilap menjadi seorang pemain yang berkualiti. Setiap pencarian yang di serahkan kepada Persatuan Negeri mahupun kepada FAM sendiri haruslah di bayar dengan nilai yang sepatutnya. Hapuskan sistem kroni mahupun pilih kasih dalam bolasepak dan bayar gaji mereka dengan nilai yang sepatutnya dan di bayar pada tiap-tiap bulan jika kita ingin melihat bolasepak kita di segani di peringkat Asia Tenggara, Asia serta Dunia.
              











19 Julai 2010

Komen Tentang Bolasepak Malaysia


                    Saya rasa terpanggil untuk memberi komen tentang hala tuju bolasepak Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui, mutu bolasepak Malaysia semakin jauh ketinggalan jika hendak di bandingkan dengan negara-negara Asia yang lain apatah lagi jika hendak di banding dengan kuasa-kuasa boleh sepak dunia. Ianya boleh di ibaratkan bagaikan langit dengan bumi. Satu ketika dahulu kita sebaris dengan Korea Selatan mahu pun Jepun. Akan tetapi kita sudah jauh di tinggalkan oleh mereka.
                   Apa yang saya lihat dari permerhatian saya,  kekangan kewangan dalam Persatuan Negeri memainkan peranan dalam kemerosotan bolasepak negara. Kebanyakkan FA negeri tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Meraka hanya mengharapkan GERAN tahunan dari FAM. Dengan geran itu pelbagai program yang di laksanakan oleh FA negeri termasuk membayar gaji pemain.  Di mana ada pemain-pemain yang tidak di bayar gaji berbulan-bulan. Mana mungkin mereka ini dapat bermain dengan tumpuan 100% jika di bebani hutang . Mereka terpaksa bermain hanya kerana kontrak yang telah di tanda tangani oleh mereka. Jika mereka di bayar gaji tepat pada masanya pada tiap-tiap bulan, saya percaya masalah kemerosotan mutu bolasepak dapat di atasi
                  Kita sebenarnya tidak ketandusan pemain-pemain bola yang berbakat. Tapi kebanyakkan mereka menyedari bahawa kerjaya sebagai pemain bolasepak tidak menjamin masa depan. Oleh itu mereka tidak memilih kerjaya sebagai pemain bolasepak.
 FA negeri haruslah berusaha keras untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membangunkan dan meningkatkan mutu bolasepak Negara. Jangan terlalu mengharapkan geran tahunan dari FAM sahaja kerana  FA lah yang akan membekalkan pemain-pemain untuk Negara.
                  FAM pun juga perlu mencari penaja-penaja yang berskala besar yang boleh menaja puluhan juta ringgit setahun, bagaimana penajaan DUNHILL satu ketika dulu untuk pembangunan sukan tanahair khususnya bolasepak. Kepada syarikat besar di Malaysia haruslah berganding bahu bersama FAM untuk meningkatkan kualiti bolasepak negara dengan memberi penajaan











14 Julai 2010

Nikmat bersin dan Bahana Menguap Tanpa Menutup Mulut


Anas bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat dengan Rasulullah SAW. Baginda mendoakan ( tasymit ) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya. Rasulullah SAW menjawab “  Sebab yang seorang mengucapkan “alhamdulillah” sedangkan seorang lagi tidak mengucapkannya “ ( Hadith Riwayat Bukhari )
                     Maka orang yang bersin tidak mengucapkan alhamdulillah tidak layak di doakan kerana tidak bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan. Padahal bersin itu termasuk antara nikmat daripada Allah SWT yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.
Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap daripada dalam otak yang jika di biarkan akan berbahaya. ( Kitab Zadul Ma’ad) . Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut dengan kadar kelajuan sekitar 161 km/jam.
                    Dr. Micheal Roizen, pegawai kesihatan Clevelamd Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring ( rongga antara hidung, mulut dan tenggorakkan ). Dalam Syarh Riyadhus Salihin , Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat mengiatkan otak dan meringankan tubuh.
                   Untuk itulah, setelah bersin bacalah hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda bermaksud “ Jika seorang daripada kamu bersin, ucapkan alhamdulillah ( segala puji bagi Allah) . Di samping itu orang yang mendengarnya mendoalan dengan ucapan “ Yarhamukallah( semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa ‘Yahdikumullah wa yusilhu balakum’(semoga Allah memberi hidayah dan memperbaiki keadaanmu.) - Hadith Riwayat Bukhari .
               Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengeritian dua jenis(fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingati Allah SWT ( zikir ), serta mengajukan permohonan agar nikmat di tambah.
               Dengan berzikir sahaja, Allah SWT menjamin akan memperbaiki lebih daripada di minta. Firman-Nya dalam hadith Qusi bermaksud; “ Siapa yang lebih sibuk mengingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia kan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.
              Lain bersin, lain pula dengan menguap ( tatha’ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan atau mengantuk. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat yang mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap “ha”, syaitan tertawa menyaksikannya. – Hadith riwayat Bukhari.
            Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutup mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit. Syaitan akan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama amat anti dengan kemalasan dan menganjurkan agar umatnya untuk giat berkerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung dari sifat kemalasan dan unsure yang negetif.
            Sunnahnya orang yang bersin agar merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakkannya membuat suara tinggi yang boleh menganggu, maka di sunnahkan bagi nya untuk merendahkan  suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.
            Abu Hanifah meriwayatkan:” Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan debgan demikian Baginda merendahkan suaranya.” Abu Hurairah berkata: “ Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga kali maka dia sedang flu( selesema )
            Dalam hadith yang di sebutkan Abu Musa al-Asya’ari pula, berkata : “ Seseorang yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi SAW mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun apa yang Nabi SAW ucapkan adalah : “ yahdikumullah wa yuslihu balakum.”
            Berdasarkan hadith ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidahyah dan taufik kepada keimanan, dah tidak mendoakan mereka dengan rahmat..



06 Julai 2010

Hadkan Telefon Bimbit 3G Kepada Remaja Bawah Umur.

              Umum semua tahu bahawa telefon bimbit 3G byk kegunaan bagi masyarakat kita hari ini.. Kerana byk data2 penting boleh di simpan di dalamnya selain dari PDA mahupun komputer. Tapi saya tak nampak di mana kewajaran atau menafaat pengunaannya bagi remaja di bawah umur. Kerana ianya sbahagian daripada penyumbang t'besar gejala sosial yg kian membarah dalam masyarakat kita hari ini.. Di mana mereka bebas muat turun bahan-bahan lucah. Sama ada melalui bluetooth  dari rakan-rakan mereka atau pun melalui internet. Mereka mendapat pendedahan seks pada seawal usia yang tidak sepatutnya serta tidak mendapat bimbingan yg sewajarnya tentang seks.
                   Ada yg mengatakan ibu bapa harus memainkn peranan dengan memeriksa telefon bimbit anak masing2. Soalnya ada ibu bapa yg tidak tahu megunakan telefon bimbit 3G dan tidak mempunyai banyak waktu untuk memeriksa telefon bimbit anak masing-masaing.. Dan anak-anak skrg lebih bijak dari ibu bapa mereka tentang teknologi terkini.. Di mana folder bahan2 lucah ini boleh di sorok d tempat yg sukar di cari. Mereka ini hnya boleh menggunakn telefon bimbit biasa yg tidak mempunyai kad memori atau pun 3G bagi memudahkn mereka mehubungi ibu bapa mereka.
                Menjadi harapan saya agar pihak kerajaan peka dengan situasi ini, dgn mewujudkn satu akta yg melarang pengunaan telefon bimbit b'teknologi tinggi @ 3G kepada remaja di bwah umur. Di mana pihak sekolah dan pihak b'kuasa, mempunyai kuasa untuk meramas telefon bimbit tersebut. Mencegah adalah lebih daripada mengubat.. Mari kita sama-sama mengesa pihak kerajaan agar menwujudkan akta tersebut supaya ianya tidak akan menjadi barah yang sukar di ubati dalam masyarakat kita satu hari nanti.





..

04 Julai 2010

Antara Cara Menwujudkan Keikhlasan Dalam Beramal

                1.   Berdoa semoga setiap amalan ikhlas kerana Allah , kerana manusia tidak lepas dari perasaan riak, menunjuk-nunjuk dan suka di puji. Khalifah Umar al-Khattab adalah sahabat Rasullullah SAW yang sudah di janjikan syurga kepadanya pun masih berdoa supaya dirinya ikhlas dalam beramal            
                    Doa Umar : " Ya Allah jadikan lah amal solehku semuanya dan jadikan lah ia ikhlas kerana-MU dan janganlah Engkaujadikan untuk sesorang daripada daripada amal itu sedikitpun " 

                2.  Kita di galakkan menyembunyikan amal seperti menyembunyikan keburukan. Bisyr Ibnul Harits berkata " Jangan engkau beramal untuk di kenang. Sembunyikan lah amalmu seperti kamu menyembunyikan keburukkan.

                3.  Memerhatikan amalan mereka yang lebih baik. Bacalah biografi sahabat nabi, tabi'in serta orang terdahulu sebagai tauladan dalam beramal supaya tidak bercanggah dengan syariat islam

                4.  Memandang remeh apa yang diamalkan. Maksudnya segala amal yang kita belum mencukupi. Terkadang manusia terjebak dengan godaan syaitan iaitu melakukan sedikit amal sudah merasa kagum dengan amalan yang sedikit itu. Akibatnya adalah buruk kerana boleh terjadi satu amal kebaikkan boleh menyebabkan manusia masuk neraka. Sa'd bin Jubair pernah berkata. " Ada seseorang yang masuk syurga kerana kemaksiatan yang di lakukannya dan ada yang masuk neraka kerana kebaikkan yang di lakukkannya. 
             Seorang yang yang melakukkan maksiat, setelah itu ia takut dan cemas terhadap seksa Allah kerana dosanya, kemudian ia menghadap Allah SWT dan Allah SWT mengampunkan kerana rasa takutnya kepada Allah.  Seseorang berbuat amal kebaikkan lalu ia sentiasa mengaguminya kemudian ia menghadap Allah SWT dengan sikapnya itu, maka Allah SWT pun mencampakkannya kedalam neraka.

               5.   Khuathir jika amal solehnya tidak di terima. Cara ini ada kaitan dengan cara sebelumnya iaitu lebih baik menganggap remeh amal yang di perbuat supa dapat menjaga hati ini daripada rasa kagum terhadap amal yang di buat.

             6.   Tidak terpengaruh dengan ucapan orang. Orang yang mendapat taufik adalah orang yang tidak mudah terpengaruh dengan puji-pujian. Ibnul Jauzy berkata " Bersikap acuh terhadap orang lain serta menghapuskan pengaruh daripada hati mereka dengan tetap beramal soleh di sertai dengan niat ikhlas dengan berusaha untuk menutupinya adalah sebab utama yang mengangkat kedudukkan orang yang mulia.

              7.   Sentiasa ingat bahawa syurga dan neraka bukan milik manusia. Manusia tidak dapat memberi manafaat atau menimpakan bencana kepada manusia yang lain, kecuali Rasulullah SAW. Ingatlah bahawa kita akan sendirian berada di alm barzakh. Jiwa akan menjadi lebih baik apabila ingat kepada tempat kita kembali. Ketika itulah kita yakin bahawa tidak ada tempat yang dapat menyelamatkan diri kecuali dengan mengikhlaskan seluruh amalan hanya kepada Allah Yang Maha Pencipta..

Allah Maha Mengetahui segala apa di muka bumi..







...........

03 Julai 2010

Penghayatan Agama Bendung Ibu Bapa Terbuang

                   Soal ketaatan, tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu bapa adalah fitrah yang lahir dalam diri setiap insan yang bergelart anak. Bahkan mentaati dan menyayangi ibu bapa adalah perkara utama yang di tekankan dalam pendidikkan anak dan ia bermula tanpa kita sedari dalam kehidupan berkeluarga. Sukar untuk kita bayangkan bagaimana seorang warga tua, Jaafar Ali,  85, yang kini menghabiskan sisa hidupnya "dibuang" oleh anak-anak ke sebuah rumah jagaan orng tua swasta yang di kendalikan oleh bukan islam di Mount Erskine, George Town, Pulau Pinang sejak setahun yang lalu. Rintihan pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang menderita kencing manis seperti yang dilapor oleh sebuah akhbar tempatan kelmarin, adalah episod sedih pengabaian ibu bapa yang semangkin meningkat di negara ini.
                 Walau apa pun alasan anak untuk menghalalkan tindakkan, mereka telah melarikan diri daripada melaksanakan tanggungjawab, memelihara ibu bapa yang sudah tua, terutama yang sedang sakit, mereka tiada pilihan, kecuali mengambil tanggungjawab itu.Oleh itu anak perlu bersedia untuk menghadapi keadaan ini yang menuntut pemgorbanan lebih besar, sama ada anak lelaki atau perempuan. Sifat mentaati dan kasih kepada ibu bapa amat di tuntut bukan sahaja oleh agama Islam, malah dalam setiap ajaran agama. Dalam islam perkara ini cukup jelas. Sejak kecil anak sudah di didik supaya patuh dan taat kepada ibu bapa dalam semua perkara, selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Tradisi agama lain spt Buddha, Hindu dan Kristian juga semuanya menganjurkan supaya anak menyayangi, mematuhi, menghormati, berbuat baik dan menjaga kedua-dua ibu bapa.
                Islam secara jelas dan tegas tidak berkompromi dalam soal ini, malah menetapkan kebanyakkan balasan di atas dosa umat Islam akan di balas di Hari Pembalasan, kecuali dosa menderhakai ibu bapa, yang pembalasannya akan di rasai di dunia lagi ketika perlakunya masih hidup. Perkembangan tidak sihat ini sudah berlaku dalam masyarakat kita dan sewajarnya di bendung bagi mengelak ianya membarah
               Kepada insan masa kini, ingatlah menjaga ibubapa adalah amanah terbesar untuk di galas oleh insan yang bergelar anak. Semoga kita semua akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.. Insya Allah..


* petikkan dari Minda Pengarang Berita Harian








........