24 Ogos 2012
16 Ogos 2010
Adab Ramadhan Bahagian 2
* Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
Rasulullah saw bersabda:"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya " ( Hadith riwayat Baihaqi dan Ibn Khuzaimah )
* Tidak banyak tidur pada siang hari dan banyak makan pada waktu malam. Sebaliknya bersederhana pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginanan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah inti pati puasa yang perlu di capai.
* Berusaha menjaga semua pancaindera dan seluruh anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan berbuat demikian, ibadah puasanya pasti suci dan sempurna. Ada ramai yang mendapat penat dengan berlapar dan menahan dahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa kerana itulah punca puasanya rosak dan binasa dan tidaklab berbaloi seperti mana sabda Rasulullah saw : " Ramai yang berpuasa tapi tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dah dahaga." ( Hadith riwayat Nasa'i )
* Melaksanakan Tanggungjawab sosial iaitu mengeluarkan zakat fitrah
Abdullah bin Omar berkata, " Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah satu sha' kurma atau satu sha' gandum ke atas budak, orang yang merdeka lelaki , perempuan, anak-anak dan orang tua dari kalangan Muslimin dan Baginda memerintahkan supaya zakat itu di keluarkan sebelum manusia keluar menunaikan solat Aidil Fitri " (Hadith riwayat Bukhari )
* Mengejar malam Lailatulqadar
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Berusahalah untuk mencari lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir pada bulan ramadhan," ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
Pada masa itu Rasulullah saw menyuruh umatnya memperbanyakkan bacaan doa yang bermaksud, "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau sukakan kemaafan, maka ampunkanlah dosa-dosaku." ( Hadith riwayat Tirmizi )

13 Ogos 2010
Adab Ramadhan Bahagian 1
Latihan dan pendidikkan yang ada pada bulan Ramadhan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adabnya di jaga dan di pelihara. Antara adab itu adalah seperti yang berikut ;
* Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya. RasulullahSAW bersabda: " Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan " ( Hadith riwayat Bukhari )
Zaid bin Thabit pula menceritakan, " Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW
kemudian kami bangun untuk melakukan solat ( Subuh ). Kemudian Zaid bin Thabit di soal: Berapa lama masa antara keduanya..? ( iaitu di antara makan sahur dan solat subuh )? Zaid berkata : Sekadar membaca 50 ayat al-Quran" ( Hadith riwayat Bukhari )
* Bersikap Dermawan.
Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan. " Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan Baginda akan lebih dermawan di bulan Ramadhan "(Hadith Riwayat Bukhari. )
* Bertadarus al-Quran secara konsisten
Abdullah ibn Abbas melaporkan, " Jibril as menemui Rasulullah SAW
pada setiap malam Ramadhan untuk bertadarus al-Quran, dan Rasulullah ketika itu lebih cepat daripada angin yang berhembus " ( Hadith riwayat Bukhari )
* Melaksanakan solat tarawih
Rasulullah bersabda , " Sesiapa yang menghidupak malam Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, maka di ampunkan dosanya yang telah lalu " ( Hadith riwayat Bukhari )
Abu Salamah bin Abdur Rahman meriwayatkan, sesungguhnya dia telah bertanya pada Siti Aisyah : "Bagaimana solat malam Rasulullah SAW..? Aisyah menjawab : Rasulullah SAW tidak pernah melakukan solat malam lebih daripada sebelas rakaat, baik pada bulan Ramadhan mahupun pada bulan yang lain " ( Hadith riwayat Bukhari )
* Beritikaf terutama pada 10 terakhir Ramadahan
Siti Aisyah berkata : " Adalah Rasulullah mengamalkan iktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehinggalah Baginda wafat "( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
* Mengawal Nafsu, mengelokkan perangai serta memilihara lidah.
Rasulullah bersabda bermaksud : " Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah SWT tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum ." ( Hadith riwayat Bukhari )

11 Ogos 2010
Ramadhan Dihayati Umat Terpuji
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ……فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ…
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sekalian umat islam agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Perasaan syukur yang tidak terhingga kita rafakkan ke hadrat Allah di atas nikmat Ramadhan yang dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan. Tawaran yang berharga daripada Allah terutama dengan anugerah lailatul qadar pada suatu daripada malam-malam Ramadhan di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya. Taqwa itulah kalimah yang sentiasa disebut atas mimbar Jumaat dan bila tibanya bulan Ramadhan. Antara ciri-ciri orang bertaqwa kepada Allah ialah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran melalui firman Allah dalam ayat 17 – 19 surah az-Zaariyat:
كانوا قليلا من الليل ما يهجعون وبالأسحارهم يستغفرون وفى أموالهم حق للسائل والمحروم
Maksudnya : Mereka itu (orang taqwa ) sedikit sekali tidur pada waktu malam, pada waktu sahur ( akhir malam sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar memohon keampunan daripada Allah dan pada harta-harta mereka, ada bahagian yang ditentukan menjadi sedekah bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri daripada meminta-minta
Sayyidina Umar al-Khottab pernah menyatakan kebimbangan tentang tidur dengan katanya : “ Aku takut untuk tidur pada siang hari kerana bimbang banyak amanah rakyat akan terabai dan aku juga bimbang untuk tidur pada waktu malam kerana bimbang masa untuk beribadat kepada Allah semakin kurang”. Selagi umat Islam banyak tidur daripada ibadat, banyak berhibur daripada memikirkan tanggungjawab, banyak rehat daripada bekerja maka selagi itulah kita tidak akan maju dalam meneguhkan agama dan menguasai dunia.
Semoga kedatangan Ramadhan tahun ini mampu digunakan sebaik mungkin dalam menambahkan ibadat bukannya menambah berat badan. Jadikanlah Ramadhan bulan yang penuh keberkatan, janji penggandaan pahala dan pengampunan dosa serta makbulnya doa sebagai bulan pesta ibadat bukan bulan pesta makanan lazat. Banyakkan membaca dan tadarrus al-Quran serta yang paling penting adalah pengamalan terhadap kandungan al-Quran. Sesuatu ubat tidak berguna dalam menyembuhkan penyakit sekiranya hanya membaca arahan pada kulit ubat tersebut sahaja sebaliknya pesakit mesti memakannya barulah ubat itu berkesan dalam mengubati penyakit yang dihidapi. Begitulah juga al-Quran tidak akan dapat menyembuh penyakit diri, ekonomi, politik, sosial umat Islam jika ia hanya dibaca tanpa pengamalan kepada sistem-sistem yang ditunjuk oleh al-Quran dalam kehidupan. Penuhilah masjid dan surau sebagaimana kita merindui untuk memenuhi syurga Allah. Tarik dan ajak seramai mungkin anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga kita dan umat Islam yang lain untuk bersama kita ke masjid dan surau. Jinakkan anak-anak muda kita dengan masjid dan jangan biarkan ada di kalangan mereka terus mencemari Ramadhan dengan lumba haram dan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah. Kita mesti serius dalam menangani masalah semakin ramai umat Islam yang meninggalkan solat dan puasa. Kita juga wajib menghidupkan peranan masjid dengan pelbagai program disamping ibadat khusus sehingga masjid semakin hidup dan berfungsi sepanjang masa.
Kita mesti ingat bahawa kita sekarang ini berada zaman yang penuh dengan fitnah dan ujian terhadap iman kita. Jangan biarkan masjid semakin kosong dan anak muda semakin liar daripada masjid sedangkan dalam masa yang sama pihak Kristian terus berusaha memenuhi gereja mereka termasuk dengan menarik anak-anak muda kita untuk dimurtadkan. Jika banyak gereja di barat bertukar menjadi masjid kerana penganut Kristian sendiri tidak lagi berminat dengan Kristian maka jangan kita biarkan masjid di negara kita turut kosong sehingga gereja pula menjadi pilihan kepada mereka yang murtad. Berusaha sebelum terlambat, bekerja sebelum terlewat, biarlah tumpah sebanyak mungkin peluh keringat dalam menyelamatkan aqidah umat Islam daripada kita mengalir air mata penyesalan bila melihat umat Islam semakin jauh daripada Islam akibat kesilapan dan kesalahan kita. Ingatlah kita kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :
قال الرسول e : بَادِرُوْا بالأعْمالِ فِتَنًا كَقَطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيَمْسِى كَافِرًا أَوْ يَمْسِى مُؤْمِنًاوَ يُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيْعُ دِيْنَهُ بِعَرَضِ مِّنَ الدُّنْيَا
Belum lagi kita hilang terkejut dengan usaha sebuah gereja di ibu negara yang menjamu anak muda kaki lepak setiap hari Jumaat kini adanya komik bertajuk ‘Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan’ yang memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam di mana ia disebarkan secara percuma mengunakan perkhidmatan belia-belia berbangsa Melayu yang memerlukan upah wang ringgit di sekitar Lembah Klang dan Cheras yang jelas cuba mempengaruhi golongan kanak-kanak. Begitu juga dengan penterjemahan Bible dalam Bahasa Melayu dan Al-kitab dalam Bahasa Arab yang bukan sahaja disiar melalui internet malah turut disebarkan secara percuma yang secara tidak langsung cuba menerapkan fahaman agama lain dan mengelirukan umat Islam khususnya yang kurang didikan agama. Ada juga maklumat tentang adanya usaha untuk mewujudkan persatuan agama lain di sekolah-sekolah menengah yang berperanan seperti Persatuan Agama Islam di mana ia akan dijadikan suatu cara penyebaran Kristian kepada pelajar Islam sebagaimana yang telah pun berlaku di kampus-kampus.
Aqidah umat Islam semakin diasak apabila di Negeri Sembilan adanya dakwaan tentang wujudnya kumpulan pendakyah Kristian yang menjadikan remaja kaki lepak yang tidak berpuasa sebagai sasaran dengan pelbagai tawaran termasuk makan dan minum percuma di premis yang disediakan. Pada kesempatan itu maka pendakyah cuba menerangkan kebaikan agama Kristian dan cuba menimbulkan keraguan tentang ajaran Islam termasuk konsep pengampunan dosa antara Islam dan Kristian. Golongan kristianisasi ini juga menawarkan ganjaran berupa wang saku kepada remaja yang mahu murtad, malah mereka juga ditawarkan khidmat seks di mana bagi yang lelaki akan mendapat perempuan dan yang perempuan akan mendapat pasangan lelaki serta telefon bimbit. Malah ada kes seorang remaja yang dikatakan telah murtad hingga tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana didakwa meminum sebotol air yang dinamakan ‘holly water . Bangunlah wahai umat Islam! musuh sedang menyerang aqidah kita. Bangkitlah wahai umat Islam! musuh sedang memurtadkan saudara kita.
Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini juga maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah mengecam dan meminta ketua paderi gereja Katolik supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menghina nabi Muhammad s.a.w yang dituduh pembawa kejahatan, tidak berperikemanusiaan serta menyebarkan Islam melalui mata pedang. Kita minta supaya beliau tidak menjadi anjing suruhan Amerika dan zionis yahudi dalam melagakan umat Islam dan Kristian. Pengganas dunia Amerika dan zionis yahudi hanya berjaya bila orang lain berbalah dan berpecah sebaliknya bila umat sedunia bersatu dan hidup dalam keadaan hormat menghormati antara satu sama lain menyebabkan pengganas dunia itu hancur dan kalah.
Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :
يــأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة وجــهدوا فى سبيله لعلكم تفلحون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Amalan Pemberi Syafaat Di Hari Kiamat
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.
Doa Malam Lailatul Qadar
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:
“Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku).”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.
2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.
3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.
10 Ogos 2010
Persiapkan Diri Rebut Rahmat Ramadhan
Ramadhan datang lagi dan ianya sentiasa di nanti-nanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia kerana inilah saat apabila siang hari mereka akan berpuasa menahan diri dari lapar dah dahaga serta megawal nafsu sementara malam harinya di isi dengan aktiviti meningkatkan amal ibadah. Pasti ada yang amat rindukan waktu bersahur dan waktu berbuka kerana ianya menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda jika bersikap bersedarhan terutama dalam waktu berbuka.
Tarawih dan solat malam sudah tentu di isi semaksimum mungkin dan di selang selikan dengan berterdarus Al-Quran. Ramai juga yang mengambil peluang untuk mengerjakan umrah dan berpuasa di Tanah Suci Mekah serta bersedekah kerana merebut ganjaran yang berlipat kali ganda. Permulaan RAHMAT, pertengahan PENGAMPUNAN dan penghujungnya terlepasa dari seksaan NERAKA JAHANAM. Inilah yang mahu di kejar oleh sesiapa sahaja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Mereka yang bersalah memohon maaf, yang sombong menguntum senyuman dan si jahat mula bertaubat.
Begitu juga yang selama ini ingkar dan takbur, mula bersujud dan memohon keampunan, memohon pelepasan daripada dosa yang terhimpun sekian lama. Inilah indahnya Ramadhan, pagi yang hening dan bening untuk yang insaf, siang pendek untuk yang sabar dan malam yang panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga. Berpuasa juga dapat menahan diri dari melakukan maksiat.
Allah swt berfirman "Wahai orang yang beriman!! Di wajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana di wajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa " (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Orang yang berpuasa ialah orang yang bertakwa, menjaga hati daripada sangsi terhadap kekuasaan Allah swt dan kebaikkan saudara seagama. Mereka menjaga mata dari memandang sesuatu yng tidak selayaknya di pandang, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang boleh mengurangkan pahala, menjaga telinga dari mendengar perkara yang tidak sepatutnya di dengar, menjaga mulut dan lidah dari membawa cerita bohong, membicara hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lain yang melekakan daripada mengingati Yang Maha Berkuasa.
Sesiapa yang meninggalkan ibadah puasa tanpa sebab yang munasabah yakni bukan atas sebab kesihatan tidak akan daoat mengantikan hari itu pada mana-mana hari, meskipun ia berpuasa seumur hidupnya. Rasulullah saw menegaskan dalam hadith yang di riwayatkan Iman al-Tarmizi " Daripada Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang berbuka satu hari pada Ramadhan dan tanpa rukhsah(keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat mengantikan puasa yang di tinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.
Pada Ramadhan inilah para ibu bapa wajar meluangkan masa berganda bersama anak-anak untuk mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain berpuasa, rukun islam yang lainnya wajar di terapkan supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta. Anak bukan sahaja perlu di fahamkan dengan apa yang telah di tetapkan dalam Al-Quran, juga amalan yang di tunjukkan oleh ibu bapa sebagai pendakwah yang paling hampir dengan mereka.
Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak menghadapi Ramadhan menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman berpuasa yang sebenarnya iaitu bukan hanya dengan menahan lapar dah dahaga, juga tidak membazir ketika berbuka. Sudah tentu setiap isteri menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah swt. Walaupun menyediakan juadah untuk berbuka dan bersahur cukup besar pahalanya, ianya tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewakyu qiamulail, terutama apabila tiba malam Lailatul Qadar yang hanya datang sekali saja pada bulan Ramadhan.
Justeru itu setiap suami/bapa harus mengambil kesempatan untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadhan supaya lebih baik daripada yang sebelumnya..
Di sini saya juga ingin mengambil kesempatn untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan BLOGGER. Moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.. Insya Allah

Langgan:
Catatan (Atom)