28 Jun 2010

OrphanCARE

                  Matlamat OrphanCARE ( Pertubuhan Kebajikkan dan Pengurusan Anak Yatim ni memang baik.. Tapi cabang Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini adalah amat tidak sesuai dalam sebuah negara yang agama rasmi nya adalah Agama Islam.. Ianya umpama mengalakkan lagi perlaku-perlaku zina @ maksiat terus bermaharajalela, berlaku tanpa usaha keras untuk membendung nya. Ingat lah dunia sedang menuju akhir zaman apabila anak tidak sah taraf yakni anak luar nikah semangkin ramai di muka bumi.

                    Identiti ibu @ bapa yang menyerahan anak tidak sah taraf ini di rahsiakan . Bermakna mereka-mereka ini akan terlepas dari sebarang hukuman di dunia ni.. Tapi yang pasti mereka ini tidak akan terlepas di hari perhitungan nanti. Apakah kita sebagai umat islam harus membutakan mata dan memekakkan telinga dengan perkara-perkara seperti ini..

ALLAH berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang membawa maksud :
" Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran "

               Hamba bermohon kepada saudara-saudara , marilah kita membantah kewujudan Baby Hatch (Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini ) demi kemuliaan agama yang kita cintai Agama Islam. Agar ianya tidak menjadi nanah dalam diri umat islam.
              Sesungguhnya hujung lidah mahupun hujung jari yang menekan papan kekunci adalah lebih tajam dari sebarang mata pedang atau peluru atau senjata tajam yang ada di muka bumi ini..



24 Jun 2010

Asal usul Bahasa Melayu

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui
asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu.
Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi
beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan
Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan
secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu
kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada
kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari
daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk
beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki
wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku
kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi

Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula
gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka
mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah
lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan
orang orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri,
Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain
berpindah ke kawasan pedalaman.

Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu
yang ada pada masa kini.Bahasa Melayu berasal daripada rumpun
bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini
berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun
bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa
Tibet-Cina.

KELOMPOK BAHASA-BAHASA AUSTRIS


1.  Bahasa-Bahasa Austro-Asia
2.  Bahasa-Bahasa Tibet-Cina
3.  Bahasa-Bahasa Austronesia


Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat
kelompok yang lebih kecil
:
1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.

Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog,
Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

2. Bahasa-bahasa Polinesia

Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

3. Bahasa-bahasa Melanesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun
Caledonia

4. Bahasa-bahasa Mikronesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina
dan Gilbert.

KELOMPOK BAHASA-BAHASA AUSRTONESIA


1  . Bahasa-bahasa Nusantara
2  . Bahasa-Bahasa Polinesia
3  . Bahasa-Bahasa Melanesia
4  . Bahasa-Bahasa Mikronesia


Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara
yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200
hingga 300 bahasa.

Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada
zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh
berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu
Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti
batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa
Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak
empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang

2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) – Palembang

3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) – Pulau Bangka, Palembang

4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) – Palembang

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas
arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar
meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra
dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu
telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran
kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu
ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu
masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa
Melayu Kuno di dalamnya.

Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada
tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang
“Mo-Lo-Yue”  yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya
kerajaan “Mo-Lo-Yue”  ini tidak dapat dipastikan dengan tegas.
Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi,
Sumatera.

Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat
juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan
Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. :

1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah

2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh
1000 Masehi.

3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli
bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya

4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M
dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian
belakangnya.


Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi)

Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan
perkembangan Bahasa Melayu telah dijumpai :

1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis
dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.

2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) – juga ditulis dalam
tulisan India dengan beberapa perkataan Arab

3. Batu Bersurat Terengganu – dijumpai di Sungai Teresat, Kuala
Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi
ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis
dalam tulisan Jawi.

Abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan
Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah
mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan
bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan
dengan pengaruh Islam dan Arab.

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan
Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima
Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat
meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di
rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan
aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang.

Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam
ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat
bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah
bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan
idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan
Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri
Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka
ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh
Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan
dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Beberapa contoh usaha mereka ialah :

1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya
bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah
di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada
bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih
400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua.
Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal
Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu
tersebar.

2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah
tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat
sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan
dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa
yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan
ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah
Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa
Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah
pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan
di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami
di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas
penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara
pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London
Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah
untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan
kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan.
Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang
dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust
keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :

1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
2. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
3. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
4. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan
kitab “Hikayat Al- Salakin”.

Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul
di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad
Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”,
manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-
Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud
Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan
“Furu’ Al-Masail”.


Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu
dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau
yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah
dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan
keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu
selanjutnya.

Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim”
oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan
“Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed Aluwi Ba’aluwi (1899 M)

Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia
persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin”
(1857 M), “Pengetahuan Bahasa” (1859 M), “Salasilah Melayu dan
Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Pada masa itu
juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat
Negeri Johor” dan “Kitab Pemimpin Johor”.

Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa
Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa
Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara
ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat
pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan
yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas
agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu,
termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang
dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada
orang Melayu.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika
sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan
untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris
yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam
peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang
tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana
Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson,
C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan
J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta
peranan Bahasa Melayu mula terancam.

Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu
membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi
nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi
“tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka
diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan
dengan dasar mengguna kan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima
tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendia
kawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu
atau Arab.

Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad
ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu
mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda
mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu
dan ahli-ahli politik berbanding bahu memperjuangkan cita-cita ini.

Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan
hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan
perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152
dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut
bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu
dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Dengan perakuan
ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa
yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.

Laman Asal :
http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/
ASAL%20USUL%20BAHASA%20MELAY
U.doc



20 Jun 2010

Kod Etika Berpakaian

Assalammualaikum w.b.t

Umum semua tahu, bahawa negara kita Malaysia adalah sebuah negara Islam. Sebagai sebuah negara yang Agama Rasminya adalah Islam,  sewajarnya ada peruntukkan undang-undang dalam kod etika berpakaian. Namun sehingga kini pihak pemerintah belum melaksanakan undang-undang tersebut.. Hamba sebagai warganegara yang beragama islam terpanggil untuk melaksana kan tanggungjawab sebagai Umat Islam untuk berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dikala ini kita lihat begitu ramai umat islam yang berpakaian seksi mendedahkan aurat terutama sekali mereka yang bergelar selebriti ( pelakon dan penyanyi wanita ). Hamba amat berharap kepada pihak pemerintah agar memainkan peranan dalam isu ini. Walaupun nampak kecil dan terpencil tapi janganlah di abaikan dalam negara menuju wawasan 2020. Kerana ianya melibatkan akidah serta maruah umat islam keseluruhannya.. Kod etika ini sewajarnya di laksanakan kepada semua kaum dan agama. Tiada lagi mereka-mereka yang berpakaian seksi apabila berada di tempat awam. Walaupun pelancong-pelancong yang datang melancong ke negara kita ini. Mereka sewajarnya mematuhi kod etika berpakaian yang telah di tetapkan.

Hamba amat berharap cadangan hamba ini mendapat sokongan daripada rakan-rakan blogger serta yang bukan blogger. Mari kita sama-sama mendesak pihak pemerintah agar melaksanakan kod etika berpakaian. Agar tanggung jawab kita sebagai umat islam terlaksana.. Amin...

Wassalam...



16 Jun 2010

Jenis-jenis Syirik

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu
1. Syirik khafi (tersembunyi) 
2. Syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
  1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah s.w.t. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah s.w.t seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
  2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
  3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah s.w.t (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” –
(Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah s.a.w dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah s.a.w menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Allah s.w.t menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah s.w.t (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di dalam hidup manusia. Langkah seperti penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar, ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.

Bahaya Syirik

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah s.w.t dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah s.w.t.

Menyekutukan Allah  s.w.t jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah  s.w.t yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah  s.w.t dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah  s.w.t tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah s.w.t, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah s.w.t mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah s.w.t akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah s.w.t dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah s.w.t? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah s.w.t sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah s.w.t, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. –
(Hadis riwayat Muslim)

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah s.w.t, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah s.w.t kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)



15 Jun 2010

Adab dan Nasihat Untuk Bertaqwa

Assalammualaikum w.b.t


Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang terlintas dan tersirat dalamm hati anak-anak Adam a.s. Allah juga mengetahui apa yang engkau lakukan sama ada yang terang ataupun yang sulit. Oleh itu hendaklah engkau takut kepada Allah. Jauhkanlah dirimu daripada perkara yang mendatangkan kemurkaan Nya. Sepertimana firmanNya yang bermaksud :


" Dan apa juga yang di larangNya kamu melakukannya, maka patuhilah laranganNya " 
  (Surah al-Hashr: Ayat 7)


Pelihara dirimu dari kemurkaan Allah s.w.t. Ingatlah Allah s.w.t telah menghidupkan emgkau, Allah s.w.t telah memberimu akal, Allah s.w.t telah memberi rezeki dan kepada Nya jualah semuanya akan kembali.


FirmanNya yang bermaksud :
"Oleh itu akuilah kesucian Allah s.w.t (dengan mengucapkan : 
SubhanAllah). Tuhan yang memiliki   dan menguasai tiap-tiap
sesuatu , dan kepadaNya lah kamu semua akan di kembalikan. 
(Surah Yasin : Ayat 83)


Oleh itu uruslah dirimu berasaskan aqidah dan syariah Allah s.w.t. Sekiranya engkau takut kepada bapa engkau apabila hendak melakukan kesalahan, maka engkau hendaklah lebih takut kepada Allah s.w.t yang sebenar-benarnya yang memberi pembalasan. Berbuat baiklah, kerana Allah s.w.t melihat apa juga yang engkau lakukan.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Maka sesiapa yang membuat kebajikan seberat zarah, nescaya
akan di lihatNya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa yang 
berbuat kejahatan seberat zarah,  nescaya akan dilihatNya 
(dalam surat amalannya) ( Surah al-Zalzalah : Ayat 7-8 )



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Bahawasanya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi 
Allah melihat kepada hati dan perbuatan kamu "


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah s.w.t di mana-mana engkau
berada, dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikkan yang mana 
kebaikkan itu boleh menghilangkan kejahatan" 




14 Jun 2010

Asal Usul Dajjal


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua. pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis di dahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan di tunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersekutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya  Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.