30 Mei 2010

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA

Assalammualaikum

        Saudara-saudara serta sahabat-sahabat ku sekelian... Aku menulis ini bukan untuk mencari populariti.. Akan tetapi sekadar luahan hati apabila melihat remaja-remaja sekarang ni terlalu ramai yang terpesong hala tuju perjalanan hidup...
        Ramai antara kita yang tak sedar atau buat-buat tak sedar... tak nampak atau buat-buat tak nampak dengan kemungkaran dan gejala sosial yg semangkin banyak berlaku... begitu juga dengan fitnah yang semangkin bermaharajalela.. Terlalu ramai yang mengejar kebendaan dan harta dunia.. sehingga mengabaikan apa yang perlu kita lakukan sebagai umat yang beragama islam... Akhir sekali anak-anak yang menjadi mangsa dik kelalaian ibu bapa mereka mengejar harta dunia... anak-anak di tinggal bersama pembantu rumah tanpa perhatian dan kasih sayang dari insan yang bergelar ibu dan bapa..
     Ingatlah.. apa pun yang berlaku..semuanya berpunca diri kita sendiri... kita harus lihat ke dalam diri kita ... tak perlu menuding jari mencari salah dan silap orang lain... Dunia semangkin tua , Sudah bersedia kah dan sudah cukupkah apa yang kita perlu bawa dalam menuju hari perhitungan...???

Wassalammualaikum....

Berkahwin seawal usia yang terlalu muda

Satu lagi perkara berkahwin di usia yang terlalu muda.. adakah ianya benar-benar sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan berumah tangga.. Jika dulu saya tidak nafikan lah ade anak gadis seawal usia 14 atau 15 tahun sudah berkahwin.. Akan tetapi zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Jika dulu berkahwin seawal usia yang terlalu muda atas dasar restu dan pilihan orang tua.. Akan tetapi zaman sekarang berkahwin kerana mengikut kata hati tanpa restu dari mak ayah.. So di mana keberkatan sebuah perkahwinan itu.. Itu lah sebab banyak berlaku kes penceraian kerana masing² tak dapat menunaikan tanggungjawab yang perlu di laksanakan bila bergelar suami isteri... Sama-samalah kita renungan kan kedua-dua perkara ini...

Kes Anak Gadis di larikan Jejaka Lombok

Kebelakangan ini sering berlaku anak-anak gadis kita di larikan atau melarikan diri mengikut jejaka Lombok.. mengapa ini berlaku... adakah kerana cinta... atau terperdaya dengan kata-kata indah atau terkena jampi serapah yang di gunakan oleh jejaka lombok untuk memikat dan memperdayakan anak-anak gadis kita...
     Jejaka lombok ni guna ilmu pengasih .. umpamanya minyak dagu.. atau cara hembusan asap rokok ke muka anak² gadis kita yang membuatkan dia org lupa mak ayah dan lupa segalanya... kalau kita ni jenis solat pun jarang² buat.. maka mudahlah benda tu meresap dalam badan.. oleh itu ibu bapa atau penjaga mintalah dan suruhlah anak² gadis mereka atau perempuan di luar sana.. jangan tinggalkan dan abaikan solat jika tiada keuzuran.. berbanyak kan la berzikir terutamanya sebelum tido.. insya Allah kita akan sentiasa di lindungi...

18 Mei 2010

BUAH TUNJUK LANGIT




 BUAH TUNJUK LANGIT

 

Jenis pokok balak yang berbunga apabila mencapai usia 7 tahun.. Bunga putih berumpun. Berbuah setahun sekali sahaja dan banyak terdapat di Malaysia dan Indonesia sahaja. Sejak kebelakangan ini ia mula di perkenalkan oleh usahawan-usahawan kecil secara tradisonal. Biji buah ini boleh di makan terus.. akan tetapi rasanya amat pahit maka ianya telah di kapsulkan agar boleh di makan dengan mudah.















Antara khasiat-khasiatnya :

1. Kencing Manis
2. Darah tinggi
3. Merawat Jantung
4. Kolestrol berlebihan
5. Resdung
6. Batu Karang
7. Buasir
8. Angin
9. Kebas
10. Darah Kotor
11. Migrin
12. Gaout




* Jika di makan bijinya.. Tidak lebih dari 3 biji seminggu.. Di galakkan memakannya bersama air kopi "0"









17 Mei 2010

MENGUBAH CIPTAAN


MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.




Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).
Kesimpulan Hadis:
1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.
2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.



Bincangkan Bersama
tasbih_alam@yahoo.com

* Sila beri pendapat anda ke halaman ini agar kita sama-sama memperolehi menafaatnya Insya Allah asalkan ianya tidak bersalahan dan bertententangan dengan segala hukum yang termaktub Al-Quran dan Hadith


---------------------------------------------------------------------