30 Mei 2010

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA

Assalammualaikum

        Saudara-saudara serta sahabat-sahabat ku sekelian... Aku menulis ini bukan untuk mencari populariti.. Akan tetapi sekadar luahan hati apabila melihat remaja-remaja sekarang ni terlalu ramai yang terpesong hala tuju perjalanan hidup...
        Ramai antara kita yang tak sedar atau buat-buat tak sedar... tak nampak atau buat-buat tak nampak dengan kemungkaran dan gejala sosial yg semangkin banyak berlaku... begitu juga dengan fitnah yang semangkin bermaharajalela.. Terlalu ramai yang mengejar kebendaan dan harta dunia.. sehingga mengabaikan apa yang perlu kita lakukan sebagai umat yang beragama islam... Akhir sekali anak-anak yang menjadi mangsa dik kelalaian ibu bapa mereka mengejar harta dunia... anak-anak di tinggal bersama pembantu rumah tanpa perhatian dan kasih sayang dari insan yang bergelar ibu dan bapa..
     Ingatlah.. apa pun yang berlaku..semuanya berpunca diri kita sendiri... kita harus lihat ke dalam diri kita ... tak perlu menuding jari mencari salah dan silap orang lain... Dunia semangkin tua , Sudah bersedia kah dan sudah cukupkah apa yang kita perlu bawa dalam menuju hari perhitungan...???

Wassalammualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan