13 Ogos 2010

Adab Ramadhan Bahagian 1

Latihan dan pendidikkan yang ada pada bulan Ramadhan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adabnya di jaga dan di pelihara. Antara adab itu adalah seperti yang berikut ;


* Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya. RasulullahSAW bersabda: " Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan " ( Hadith riwayat Bukhari )

Zaid bin Thabit pula menceritakan, " Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW
kemudian kami bangun untuk melakukan solat ( Subuh ). Kemudian Zaid bin Thabit di soal: Berapa lama masa antara keduanya..? ( iaitu di antara makan sahur dan solat subuh )? Zaid berkata : Sekadar membaca 50 ayat al-Quran" ( Hadith riwayat Bukhari )



* Bersikap Dermawan.

Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan. " Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan Baginda akan lebih dermawan di bulan Ramadhan "(Hadith Riwayat Bukhari. )


* Bertadarus al-Quran secara konsisten

Abdullah ibn Abbas melaporkan, " Jibril as menemui Rasulullah SAW
pada setiap malam Ramadhan untuk bertadarus al-Quran, dan Rasulullah ketika itu lebih cepat daripada angin yang berhembus " ( Hadith riwayat Bukhari )


* Melaksanakan solat tarawih

Rasulullah bersabda , " Sesiapa yang menghidupak malam Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, maka di ampunkan dosanya yang telah lalu " ( Hadith riwayat Bukhari )

Abu Salamah bin Abdur Rahman meriwayatkan, sesungguhnya dia telah bertanya pada Siti Aisyah : "Bagaimana solat malam Rasulullah SAW..? Aisyah menjawab : Rasulullah SAW tidak pernah melakukan solat malam lebih daripada sebelas rakaat, baik pada bulan Ramadhan mahupun pada bulan yang lain " ( Hadith riwayat Bukhari )


* Beritikaf terutama pada 10 terakhir Ramadahan

Siti Aisyah berkata : " Adalah Rasulullah mengamalkan iktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehinggalah Baginda wafat "( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )


* Mengawal Nafsu, mengelokkan perangai serta memilihara lidah.

Rasulullah bersabda bermaksud : " Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah SWT tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum ." ( Hadith riwayat Bukhari )





       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan