10 Ogos 2010

Persiapkan Diri Rebut Rahmat Ramadhan

                Ramadhan datang lagi dan ianya sentiasa di nanti-nanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia kerana inilah saat apabila siang hari mereka akan berpuasa menahan diri dari  lapar dah dahaga serta megawal nafsu sementara malam harinya di isi dengan aktiviti meningkatkan amal ibadah. Pasti ada yang amat rindukan waktu bersahur dan waktu berbuka kerana ianya menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda jika bersikap bersedarhan terutama dalam waktu berbuka.
                Tarawih dan solat malam sudah tentu di isi semaksimum mungkin dan di selang selikan dengan berterdarus Al-Quran. Ramai juga yang mengambil peluang untuk mengerjakan umrah dan berpuasa di Tanah Suci Mekah serta bersedekah kerana merebut ganjaran yang berlipat kali ganda. Permulaan RAHMAT, pertengahan PENGAMPUNAN dan penghujungnya terlepasa dari seksaan NERAKA JAHANAM. Inilah yang mahu di kejar oleh sesiapa sahaja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Mereka yang bersalah memohon maaf, yang sombong menguntum senyuman dan si jahat mula bertaubat.
                Begitu juga yang selama ini ingkar dan takbur, mula bersujud dan memohon keampunan, memohon pelepasan daripada dosa yang terhimpun sekian lama. Inilah indahnya Ramadhan, pagi yang hening dan bening untuk yang insaf, siang pendek untuk yang sabar dan malam yang panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga. Berpuasa juga dapat menahan diri dari melakukan maksiat.
                Allah swt berfirman "Wahai orang yang beriman!! Di wajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana di wajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa " (Surah al-Baqarah, ayat 183)
                Orang yang berpuasa ialah orang yang bertakwa, menjaga hati daripada sangsi terhadap kekuasaan Allah swt dan kebaikkan saudara seagama. Mereka menjaga mata dari memandang sesuatu yng tidak selayaknya di pandang, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang boleh mengurangkan pahala, menjaga telinga dari mendengar perkara yang tidak sepatutnya di dengar, menjaga mulut dan lidah dari membawa cerita bohong, membicara hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lain yang melekakan daripada mengingati Yang Maha Berkuasa.
                 Sesiapa yang meninggalkan ibadah puasa tanpa sebab yang munasabah yakni bukan atas sebab kesihatan tidak akan daoat mengantikan hari itu pada mana-mana hari, meskipun ia berpuasa seumur hidupnya. Rasulullah saw menegaskan dalam hadith yang di riwayatkan Iman al-Tarmizi " Daripada Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang berbuka satu hari pada Ramadhan dan tanpa rukhsah(keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat mengantikan puasa yang  di tinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.
                  Pada Ramadhan inilah para ibu bapa wajar meluangkan masa berganda bersama anak-anak untuk mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain berpuasa, rukun islam yang lainnya wajar di terapkan supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta. Anak bukan sahaja perlu di fahamkan dengan apa yang telah di tetapkan dalam Al-Quran, juga amalan yang di tunjukkan oleh ibu bapa sebagai pendakwah yang paling hampir dengan mereka.
                  Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak menghadapi Ramadhan menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman berpuasa yang sebenarnya iaitu bukan hanya dengan menahan lapar dah dahaga, juga tidak membazir ketika berbuka. Sudah tentu setiap isteri menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah swt. Walaupun menyediakan juadah untuk berbuka dan bersahur cukup besar pahalanya, ianya tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewakyu qiamulail, terutama apabila tiba malam Lailatul Qadar yang hanya datang sekali saja pada bulan Ramadhan.
                 Justeru itu setiap suami/bapa harus mengambil kesempatan untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadhan supaya lebih baik daripada yang sebelumnya..
                 Di sini saya juga ingin mengambil kesempatn untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan BLOGGER. Moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.. Insya Allah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan