16 Ogos 2010

Adab Ramadhan Bahagian 2

*         Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
           Rasulullah saw bersabda:"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya " ( Hadith riwayat Baihaqi dan Ibn Khuzaimah )

*        Tidak banyak tidur pada siang hari dan banyak makan pada waktu malam. Sebaliknya bersederhana pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginanan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah inti pati puasa yang perlu di capai.

*         Berusaha menjaga semua pancaindera dan seluruh anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan berbuat demikian, ibadah puasanya pasti suci dan sempurna. Ada ramai yang mendapat penat dengan berlapar dan menahan dahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa kerana itulah punca puasanya rosak dan binasa dan tidaklab berbaloi seperti mana sabda Rasulullah saw : " Ramai yang berpuasa tapi tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dah dahaga." ( Hadith riwayat Nasa'i )

*         Melaksanakan Tanggungjawab sosial iaitu mengeluarkan zakat fitrah
           Abdullah bin Omar berkata, " Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah satu sha' kurma atau satu sha' gandum ke atas budak, orang yang merdeka lelaki , perempuan, anak-anak dan orang tua dari kalangan Muslimin dan Baginda memerintahkan supaya zakat itu di keluarkan sebelum manusia keluar menunaikan solat Aidil Fitri " (Hadith riwayat Bukhari )

*         Mengejar malam Lailatulqadar
           Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Berusahalah untuk mencari lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir pada bulan ramadhan," ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
           Pada masa itu Rasulullah saw menyuruh umatnya memperbanyakkan bacaan doa yang bermaksud, "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau sukakan kemaafan, maka ampunkanlah dosa-dosaku." ( Hadith riwayat Tirmizi )


3 ulasan:

  1. salam TA,

    salam ramadan
    subhanallah..byaknya bonus yang boleh kita kutip bulan ini..insyaALLAH

    BalasPadam
  2. syukur.. semoga menjadi panduan dan pedoman... terima kasih saya ucapka. semoga allah memberkati segala ilmu yang telah dikongsikan...

    harap sudi ke tempat saya juga... assalammualaikum..

    BalasPadam
  3. Salam Ukhuwah... terima kasih atas kunjungan dan segala pendapat yang di ke utarakan... semoga kita sama-sama mendapat menafaat daripada nya.. Insya Allah

    BalasPadam