31 Julai 2010

Lagi Komen Tentang Bolasepak Malaysia


                 Saya amat tertarik dengan komen dan cadangan seorang pembaca akhbar Berita Harian yang mengelarkankan diri Semangat Supermokh, seperti keratan yang saya paparkan di atas. Tapi bukan bermakna saya menyokong cadangan beliau. Pada saya ukuran fizikal adalah faktor ketiga atau ke empat dalam syarat untuk menjadi pemain bolasepak. Syarat pertama ialah semangat yakni mental harus kuat dan sentiasa bersedia. Kedua ialah skill yakni kemahiran individu ke tiga kreatif dan yang ke empat barulah saiz fizikal.
                Cuba kita lihat pemain terbaik dunia ketika ini iaitu Lional Messi, dia tidak mempunyai saiz fizikal yang besar. Tapi kerana mental , skill serta kreatif menjadikan dia antara pemain terbaik masa kini. Sepertimana yang saya katakan dalam titipkan pada blog saya sebelum ini. Masalah gaji yang tertunggak menjadikan mental pemain-pemain bolasepak kita terganggu. Cuba kita bayangkan jika kita berkerja tapi tidak mendapat imbuhan pada tiap-tiap bulan. Apakah kita akan bersemangat untuk berkerja. Di mana kita perlu membayar ansuran kenderan , ansuran atau sewa rumah pada tiap-tiap bulan, itu belum lagi keperluan dapur atau kos persekolahan anak-anak. jika kita tidak mendapat gaji selama 2-3 bulan.
               Kita tidak boleh samakan zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dengan zaman sekarang ini. Bolasepak zaman Allahyarham Mokhtar adalah Liga Amatur/ Semi Pro.. Di mana apabila mereka mewakili negeri, secara automatik mereka akan di panggil berkerja dengan LLN(TNB) atau TELEKOM MALAYSIA atau di BANK-BANK. Masalah gaji tidak akan timbul kerna mereka akan nikmati gaji tepat pada masanya pada tiap-tiap bulan. Malah turun padang untuk latihan seawal jam 3 ptg hingga jam 7 ptg pun sudah di kira OVERTIME. Jadi mereka ini tiada masalah dengan bayaran ansuran kenderaan atau rumah serta keperluan harian lain. Zaman sekarang ni Liga Professional, di mana bolasepak adalah kerjaya mereka, Persatuan Negeri atau Kelab adalah majikan mereka. Jika Persatuan Negeri atau Kelab tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh, bagaimana hendak membayar gaji pemain-pemain ini.
               Kepada Semangat Supermokh, cubalah anda anda fikir-fikirkan lah dan cuba anda selami masalah  pemain-pemain bolasepak negara.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan