15 Jun 2010

Adab dan Nasihat Untuk Bertaqwa

Assalammualaikum w.b.t


Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang terlintas dan tersirat dalamm hati anak-anak Adam a.s. Allah juga mengetahui apa yang engkau lakukan sama ada yang terang ataupun yang sulit. Oleh itu hendaklah engkau takut kepada Allah. Jauhkanlah dirimu daripada perkara yang mendatangkan kemurkaan Nya. Sepertimana firmanNya yang bermaksud :


" Dan apa juga yang di larangNya kamu melakukannya, maka patuhilah laranganNya " 
  (Surah al-Hashr: Ayat 7)


Pelihara dirimu dari kemurkaan Allah s.w.t. Ingatlah Allah s.w.t telah menghidupkan emgkau, Allah s.w.t telah memberimu akal, Allah s.w.t telah memberi rezeki dan kepada Nya jualah semuanya akan kembali.


FirmanNya yang bermaksud :
"Oleh itu akuilah kesucian Allah s.w.t (dengan mengucapkan : 
SubhanAllah). Tuhan yang memiliki   dan menguasai tiap-tiap
sesuatu , dan kepadaNya lah kamu semua akan di kembalikan. 
(Surah Yasin : Ayat 83)


Oleh itu uruslah dirimu berasaskan aqidah dan syariah Allah s.w.t. Sekiranya engkau takut kepada bapa engkau apabila hendak melakukan kesalahan, maka engkau hendaklah lebih takut kepada Allah s.w.t yang sebenar-benarnya yang memberi pembalasan. Berbuat baiklah, kerana Allah s.w.t melihat apa juga yang engkau lakukan.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Maka sesiapa yang membuat kebajikan seberat zarah, nescaya
akan di lihatNya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa yang 
berbuat kejahatan seberat zarah,  nescaya akan dilihatNya 
(dalam surat amalannya) ( Surah al-Zalzalah : Ayat 7-8 )



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Bahawasanya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi 
Allah melihat kepada hati dan perbuatan kamu "


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah s.w.t di mana-mana engkau
berada, dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikkan yang mana 
kebaikkan itu boleh menghilangkan kejahatan" 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan