04 Julai 2010

Antara Cara Menwujudkan Keikhlasan Dalam Beramal

                1.   Berdoa semoga setiap amalan ikhlas kerana Allah , kerana manusia tidak lepas dari perasaan riak, menunjuk-nunjuk dan suka di puji. Khalifah Umar al-Khattab adalah sahabat Rasullullah SAW yang sudah di janjikan syurga kepadanya pun masih berdoa supaya dirinya ikhlas dalam beramal            
                    Doa Umar : " Ya Allah jadikan lah amal solehku semuanya dan jadikan lah ia ikhlas kerana-MU dan janganlah Engkaujadikan untuk sesorang daripada daripada amal itu sedikitpun " 

                2.  Kita di galakkan menyembunyikan amal seperti menyembunyikan keburukan. Bisyr Ibnul Harits berkata " Jangan engkau beramal untuk di kenang. Sembunyikan lah amalmu seperti kamu menyembunyikan keburukkan.

                3.  Memerhatikan amalan mereka yang lebih baik. Bacalah biografi sahabat nabi, tabi'in serta orang terdahulu sebagai tauladan dalam beramal supaya tidak bercanggah dengan syariat islam

                4.  Memandang remeh apa yang diamalkan. Maksudnya segala amal yang kita belum mencukupi. Terkadang manusia terjebak dengan godaan syaitan iaitu melakukan sedikit amal sudah merasa kagum dengan amalan yang sedikit itu. Akibatnya adalah buruk kerana boleh terjadi satu amal kebaikkan boleh menyebabkan manusia masuk neraka. Sa'd bin Jubair pernah berkata. " Ada seseorang yang masuk syurga kerana kemaksiatan yang di lakukannya dan ada yang masuk neraka kerana kebaikkan yang di lakukkannya. 
             Seorang yang yang melakukkan maksiat, setelah itu ia takut dan cemas terhadap seksa Allah kerana dosanya, kemudian ia menghadap Allah SWT dan Allah SWT mengampunkan kerana rasa takutnya kepada Allah.  Seseorang berbuat amal kebaikkan lalu ia sentiasa mengaguminya kemudian ia menghadap Allah SWT dengan sikapnya itu, maka Allah SWT pun mencampakkannya kedalam neraka.

               5.   Khuathir jika amal solehnya tidak di terima. Cara ini ada kaitan dengan cara sebelumnya iaitu lebih baik menganggap remeh amal yang di perbuat supa dapat menjaga hati ini daripada rasa kagum terhadap amal yang di buat.

             6.   Tidak terpengaruh dengan ucapan orang. Orang yang mendapat taufik adalah orang yang tidak mudah terpengaruh dengan puji-pujian. Ibnul Jauzy berkata " Bersikap acuh terhadap orang lain serta menghapuskan pengaruh daripada hati mereka dengan tetap beramal soleh di sertai dengan niat ikhlas dengan berusaha untuk menutupinya adalah sebab utama yang mengangkat kedudukkan orang yang mulia.

              7.   Sentiasa ingat bahawa syurga dan neraka bukan milik manusia. Manusia tidak dapat memberi manafaat atau menimpakan bencana kepada manusia yang lain, kecuali Rasulullah SAW. Ingatlah bahawa kita akan sendirian berada di alm barzakh. Jiwa akan menjadi lebih baik apabila ingat kepada tempat kita kembali. Ketika itulah kita yakin bahawa tidak ada tempat yang dapat menyelamatkan diri kecuali dengan mengikhlaskan seluruh amalan hanya kepada Allah Yang Maha Pencipta..

Allah Maha Mengetahui segala apa di muka bumi..







...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan