19 Julai 2010

Komen Tentang Bolasepak Malaysia


                    Saya rasa terpanggil untuk memberi komen tentang hala tuju bolasepak Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui, mutu bolasepak Malaysia semakin jauh ketinggalan jika hendak di bandingkan dengan negara-negara Asia yang lain apatah lagi jika hendak di banding dengan kuasa-kuasa boleh sepak dunia. Ianya boleh di ibaratkan bagaikan langit dengan bumi. Satu ketika dahulu kita sebaris dengan Korea Selatan mahu pun Jepun. Akan tetapi kita sudah jauh di tinggalkan oleh mereka.
                   Apa yang saya lihat dari permerhatian saya,  kekangan kewangan dalam Persatuan Negeri memainkan peranan dalam kemerosotan bolasepak negara. Kebanyakkan FA negeri tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Meraka hanya mengharapkan GERAN tahunan dari FAM. Dengan geran itu pelbagai program yang di laksanakan oleh FA negeri termasuk membayar gaji pemain.  Di mana ada pemain-pemain yang tidak di bayar gaji berbulan-bulan. Mana mungkin mereka ini dapat bermain dengan tumpuan 100% jika di bebani hutang . Mereka terpaksa bermain hanya kerana kontrak yang telah di tanda tangani oleh mereka. Jika mereka di bayar gaji tepat pada masanya pada tiap-tiap bulan, saya percaya masalah kemerosotan mutu bolasepak dapat di atasi
                  Kita sebenarnya tidak ketandusan pemain-pemain bola yang berbakat. Tapi kebanyakkan mereka menyedari bahawa kerjaya sebagai pemain bolasepak tidak menjamin masa depan. Oleh itu mereka tidak memilih kerjaya sebagai pemain bolasepak.
 FA negeri haruslah berusaha keras untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membangunkan dan meningkatkan mutu bolasepak Negara. Jangan terlalu mengharapkan geran tahunan dari FAM sahaja kerana  FA lah yang akan membekalkan pemain-pemain untuk Negara.
                  FAM pun juga perlu mencari penaja-penaja yang berskala besar yang boleh menaja puluhan juta ringgit setahun, bagaimana penajaan DUNHILL satu ketika dulu untuk pembangunan sukan tanahair khususnya bolasepak. Kepada syarikat besar di Malaysia haruslah berganding bahu bersama FAM untuk meningkatkan kualiti bolasepak negara dengan memberi penajaan











3 ulasan:

  1. Tapi saya rasa lg baik kalo FAM diswastakan..
    Baru diorang manage bebetul..
    Baru dpt hasil yg berkualiti..

    join saya di..
    http://allaboutlifeanddreams.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam Iera... thanks kerana sudi berkunjung ke blog saya ini..
    To Jamiel..
    Ya.. itu salah satu cadangan yang baik untuk pembangunan yang baik dalam meningkatan taraf pengurusan bolasepak Malaysia..

    BalasPadam