23 Julai 2010

Lagi Komen Bolasepak Malaysia

                 Pada tahun 2005 saya pernah menguruskan dan mengendalikan program latihan bolasepak JKID ZON SRI GADING di bawah naungan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk remaja bawah umur 15 tahun . Di mana saya adalah Ketua Jurulatih program tersebut bersama beberapa orang pembantu saya. Latihan di jalankan pada setiap hari ahad bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ada antara remaja-remaja amat berbakat jika terus di gilap bakat mereka. Tapi amat malang bagi mereka kerana program ini terpaksa di hentikan kerana ketiadaan dana mahupun penaja untuk meneruskan usaha mengilap bakat mereka.
                  Kami sebagai barisan jurulatih dan pengurusan yang ada amat kecewa dengan keadaan ini. Walau pun barisan jurulatih hanya di bayar elaun RM10.00 pada setiap sesi latihan, kami tidak pernah mengeluh kerna kami melakukan kerana minat dan ingin melihat remaja-remaja ini bermain pada tahap tertinggi pada satu masa nanti.Tapi impian hanya tinggal mimpi. Kami tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mahupun penaja-penaja di luar sana.
                 Oleh sebab itu pembangunan bolesepak Malaysia tidak akan kemana-mana jika tiada sokongan dari pihak-pihak yang berkenaan dalam usaha mengilap bakat-bakat muda di luar lingkungan pegawai-pegawai tinggi dalam bolasepak Malaysia. Seharusnya persatuan bolasepak negeri mahupun FAM sendiri perlu menwujudkan EJEN pencari bakat dalam usaha mencari bakat-bakat muda yang berbakat untuk di gilap menjadi seorang pemain yang berkualiti. Setiap pencarian yang di serahkan kepada Persatuan Negeri mahupun kepada FAM sendiri haruslah di bayar dengan nilai yang sepatutnya. Hapuskan sistem kroni mahupun pilih kasih dalam bolasepak dan bayar gaji mereka dengan nilai yang sepatutnya dan di bayar pada tiap-tiap bulan jika kita ingin melihat bolasepak kita di segani di peringkat Asia Tenggara, Asia serta Dunia.
              











Tiada ulasan:

Catat Ulasan