14 Julai 2010

Nikmat bersin dan Bahana Menguap Tanpa Menutup Mulut


Anas bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat dengan Rasulullah SAW. Baginda mendoakan ( tasymit ) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya. Rasulullah SAW menjawab “  Sebab yang seorang mengucapkan “alhamdulillah” sedangkan seorang lagi tidak mengucapkannya “ ( Hadith Riwayat Bukhari )
                     Maka orang yang bersin tidak mengucapkan alhamdulillah tidak layak di doakan kerana tidak bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan. Padahal bersin itu termasuk antara nikmat daripada Allah SWT yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.
Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap daripada dalam otak yang jika di biarkan akan berbahaya. ( Kitab Zadul Ma’ad) . Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut dengan kadar kelajuan sekitar 161 km/jam.
                    Dr. Micheal Roizen, pegawai kesihatan Clevelamd Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring ( rongga antara hidung, mulut dan tenggorakkan ). Dalam Syarh Riyadhus Salihin , Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat mengiatkan otak dan meringankan tubuh.
                   Untuk itulah, setelah bersin bacalah hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda bermaksud “ Jika seorang daripada kamu bersin, ucapkan alhamdulillah ( segala puji bagi Allah) . Di samping itu orang yang mendengarnya mendoalan dengan ucapan “ Yarhamukallah( semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa ‘Yahdikumullah wa yusilhu balakum’(semoga Allah memberi hidayah dan memperbaiki keadaanmu.) - Hadith Riwayat Bukhari .
               Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengeritian dua jenis(fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingati Allah SWT ( zikir ), serta mengajukan permohonan agar nikmat di tambah.
               Dengan berzikir sahaja, Allah SWT menjamin akan memperbaiki lebih daripada di minta. Firman-Nya dalam hadith Qusi bermaksud; “ Siapa yang lebih sibuk mengingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia kan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.
              Lain bersin, lain pula dengan menguap ( tatha’ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan atau mengantuk. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat yang mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap “ha”, syaitan tertawa menyaksikannya. – Hadith riwayat Bukhari.
            Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutup mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit. Syaitan akan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama amat anti dengan kemalasan dan menganjurkan agar umatnya untuk giat berkerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung dari sifat kemalasan dan unsure yang negetif.
            Sunnahnya orang yang bersin agar merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakkannya membuat suara tinggi yang boleh menganggu, maka di sunnahkan bagi nya untuk merendahkan  suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.
            Abu Hanifah meriwayatkan:” Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan debgan demikian Baginda merendahkan suaranya.” Abu Hurairah berkata: “ Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga kali maka dia sedang flu( selesema )
            Dalam hadith yang di sebutkan Abu Musa al-Asya’ari pula, berkata : “ Seseorang yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi SAW mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun apa yang Nabi SAW ucapkan adalah : “ yahdikumullah wa yuslihu balakum.”
            Berdasarkan hadith ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidahyah dan taufik kepada keimanan, dah tidak mendoakan mereka dengan rahmat..



2 ulasan:

  1. yang last sekali tu betul.doakan org bkn islam dgn doa taufik hidayah.

    BalasPadam